Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ciri baharu iOS 18.2

Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2

Diterbitkan Disember 12, 2024 · Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Awal pagi tadi, Apple telah pun melancarkan iOS 18.2 kepada umum.

Walaupun ‘set kedua’ Apple Intelligence menjadi tumpuan, namun terdapat sejumlah ciri baharu lain yang kini tersedia pada iPhone. Tambahan lagi, Apple Intelligence hanya menyokong iPhone 15 Pro dan lebih baru sahaja – menjadikan ramai pengguna iPhone model lain ingin mengetahui apa yang menarik dalam iOS 18.2.

Bagi tujuan itu, kami senaraikan antara yang baharu pada iOS 18.2 (selain Apple Intelligence).

1. Rekaan semula aplikasi Mail

iOS 18.2_1

iOS 18.2 membawakan perubahan besar dalam aplikasi Mail, termasuk sistem pengkategorian e-mel yang membolehkan pengguna membahagikan kepada empat kategori – Primary, Transactions, Updates dan Promotions.

2. Kongsi Lokasi Item

Seperti diumumkan sebelum ini, Apple memperkenalkan Share Item Location atau Kongsi Lokasi Item dalam iOS 18.2.

Share Item Location iOS 18.2

Melalui ciri dalam aplikasi Find My, ia membantu pengguna mencari dan mendapatkan semula item tersalah letak dengan berkongsi lokasi AirTag atau aksesori rangkaian Find My secara mudah dan selamat dengan pihak ketiga yang dipercayai, seperti syarikat penerbangan.

3. Aplikasi Photos

Sebelum ini, video atau gambar dipaparkan dengan border putih (atau hitam jika mod gelap) di sekelilingnya dan pengguna perlu tap pada skrin untuk melihat dalam skrin penuh.

iOS 18.2_9

Dalam iOS 18.2, tersentuh atau tap pada video dalam aplikasi Photos tidak lagi menyebabkan zoom in zoom out. Sebaliknya, Apple mengembalikan semula paparan video dalam skrin penuh, dengan keupayaan video scrubber dikekalkan pada bahagian bawah.

Selain itu, pengguna juga boleh menyahaktifkan main balik video auto-looping melalui Settings > Apps > Photos > Loop Videos.

4. Tetapan had kelantangan maksimum

Pada bahagian Settings > Sounds & Haptics, terdapat pilihan “Volume Limit” untuk pembesar suara terbina iPhone.

iOS 18.2_3

Ciri ini membolehkan pengguna menetapkan had kelantangan maksimum yang pembesar suara iPhone boleh mainkan audio, seperti lagu, filem dan media lain.

Walaupun begitu, had ini tidak mempengaruhi panggilan telefon atau FaceTime, panggilan dan isyarat kecemasan, nada dering, penggera, bunyi sistem atau bunyi Find My.

5. Tetapan aplikasi ‘Default’

iOS 18.2 hadir dengan menu “Default Apps” yang membolehkan pengguna menguruskan aplikasi yang akan digunakan oleh iPhone secara automatik. Ia boleh diakses melalui Settings > Apps > Default Apps.

iOS 18.2_2

Dengan ciri ini, pengguna boleh menetapkan aplikasi default untuk menghantar e-mel, melayari web, panggilan, penapisan panggilan, pemesejan, kata laluan dan kod serta papan kekunci.

6. Ikon aplikasi lebih gelap

Dalam Mod Gelap, ikon aplikasi di Settings kini mempunyai rupa baharu lebih gelap, yang menunjukkan warna pada latar belakang hitam. Ikon aplikasi di Home Screen juga lebih gelap berbanding sebelumnya.

iOS 18.2_0
iOS 18.2_10

7. Paparan kawalan kelantangan pada skrin kunci

Setelah dialih keluar dalam iOS 16, iOS 18.2 kini mengembalikan semula paparan volume slider pada Lock Screen atau Skrin Kunci iPhone.

iOS 18.2_5

Walau bagaimanapun, ia tidak tersedia secara default. Sebaliknya, paparan kawalan kelantangan boleh diaktifkan pada bahagian Accessibility > Audio & Visual > Always Show Volume Control.

iOS 18.2_7

8. Safari

Dalam bahagian Safari di aplikasi Settings, ia kini hadir dengan toggle “Not Secure Connection Warning” atau amaran sambungan tidak selamat – memaklumkan kepada pengguna sekiranya melayari laman web yang tidak mempunyai sijil Lapisan Soket Selamat (SSL) yang sah untuk sambungan disulitkan (encrypted).

Pengguna disarankan untuk tidak mengisi kata laluan atau data sensitif lain pada laman web yang memaparkan amaran “Tidak Selamat”.

iOS 18.2_6

Selain itu, terdapat juga sejarah dan data laman web, membolehkan pengguna mengeksport data pelayaran daripada Safari dan mengimport data pelayaran daripada aplikasi pelayar lain ke dalam Safari.

iOS 18.2_8

9. Voice Memo

Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max

Voice Memo kini menyokong rakaman berlapis, membolehkan pengguna menambah rakaman vokal di atas instrumental sedia ada secara serentak – tanpa memerlukan fon kepala. Namun, ciri ini hanya dikhususkan untuk iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max sahaja.

Untuk melakukan kemas kini iOS 18.2, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max

Gambar utama: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY