Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_c

Apple Berpotensi Kenakan Caj Untuk Beberapa Ciri Apple Intelligence

Diterbitkan Ogos 9, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan merancang untuk menawarkan beberapa ciri Apple Intelligence sebagai perkhidmatan langganan berbayar, dan beberapa penganalisis mengatakan syarikat itu mungkin mengenakan bayaran kepada pengguna sehingga $20/bulan (~RM89) untuk keistimewaan itu.

Bulan lalu, laporan Bloomberg menyatakan bahawa Apple mungkin mempunyai rancangan jangka panjang untuk melancarkan sesuatu seperti “Apple Intelligence+” dengan ciri tambahan, serupa iCloud+.

Bercakap kepada CNBC, penyelidik Counterpoint Research Neil Shah berkata pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) adalah mahal dan Apple mungkin meletakkan kos tersebut kepada penggunanya.

Beliau berkata Apple boleh mengenakan bayaran antara $10 dan $20 untuk Apple Intelligence, berpotensi sebagai sebahagian daripada Apple One, untuk lebih banyak ciri AI premium.

Sementara itu, Ketua Penyelidik CSS Insight Ben Wood berkata “Apple merupakan salah satu daripada beberapa syarikat peranti yang telah berjaya mengewangkan perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkannya.”

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi firma teknologi untuk mengenakan bayaran bagi tawaran AI mereka. OpenAI, contohnya, mempunyai yuran langganan untuk ciri ChatGPT yang lebih canggih dan Microsoft mengenakan bayaran untuk peralatan Copilot.

Untuk rujukan, Apple One ketika ini ditawarkan RM34.90/bulan untuk pelan Individu. Sementara pelan Family dan Premier masing-masing berharga RM44.90 dan RM84.90 sebulan.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Bloomberg: Apple Berpotensi Tawar Ciri Seperti 'Apple Intelligence+' Sebagai Perkhidmatan Berbayar
  • Bloomberg: Apple Intelligence Akan Tiba Lewat Daripada Jangkaan
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
  • Apple Guna TPU Google Untuk Bangunkan Apple Intelligence

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY