Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE_2

iPhone SE Generasi Keempat Mungkin Dipanggil Sebagai iPhone 16E

Diterbitkan Januari 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, banyak khabar angin tentang iPhone SE generasi keempat. Kali ini, dikatakan “tiada” iPhone SE dilancarkan. Sebaliknya, peranti generasi terbaru itu menggunakan nama iPhone 16E.

Perkara ini dilaporkan peniris Majin Bu di platform X di mana beliau mengatakan sumbernya memberitahu iPhone baharu yang akan dilancarkan tahun 2025 bakal dipanggil iPhone 16E.

https://x.com/MajinBuOfficial/status/1874078173802942732

Tambahnya, iPhone tersebut akan tampil dengan rupa iPhone 14, bersama-sama skrin OLED serta action button. Sementara pilihan warna ialah putih dan hitam.

Berdasarkan maklumat terbaru ini, nampaknya ‘puzzle’ berkaitan iPhone SE hampir sempurna. Sebelum ini, peranti itu juga sudah dikhabarkan menggunakan rekaan iPhone 14 serta dilengkapi panel OLED.

Tarikh pelancarannya pula berkemungkinan pada bulan Mac di mana kebiasaannya memang Apple mengadakan acara awal tahun sekitar Mac-April.

Selain itu, Majin Bu juga mempunyai rekod agak baik dalam memberikan maklumat berkaitan iPhone di mana sebelum ini beliau pernah berkongsikan rekaan iPhone 16.

Dengan ini, sama-sama kita nantikan kerana kali terakhir model iPhone paling mampu milik ini dikeluarkan adalah pada tahun 2022 yang lalu.

Berkaitan

  • (Ulasan) iPhone SE 2022 - Kecil Dan Berkuasa Tapi Harap Ini Yang Terakhir
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto
  • Apple Hentikan Penjualan iPhone SE Dan Siri iPhone 14 Di EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY