Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4 Dikatakan Hadir Dalam Binaan iPhone 14

iPhone SE 4 Dikatakan Hadir Dalam Binaan iPhone 14

Diterbitkan Oktober 2, 2023 · Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, ramai menyatakan siri iPhone SE telah ditamatkan, namun Kuo mengatakan sebaliknya. Beliau mendakwa iPhone SE 4 sedang berada dalam fasa pembangunan.

Mengikut sumber, iPhone SE 4 akan lebih istimewa kerana menggunakan faktor binaan dan casis iPhone 14 versi yang telah diubah suai. Jadi, iPhone SE 4 mungkin akan hadir dengan rupa yang lebih cantik dan baru berbanding model terdahulu.

Apple iPhone
Apple iPhone 14

Apa Yang Boleh Dijangkakan Dalam iPhone SE 4

Pertama sekali, iPhone SE 4 mungkin akan hadir dengan port pengecasan USB-C kerana undang-undang EU. Selain itu, kehadiran action button berkemungkinan tidak disediakan untuk model ini.

Hal ini demikian kerana ciri tersebut tersedia untuk barisan iPhone 15 Pro. Jadi mustahil untuk Apple menyediakan ciri itu kepada model SE 4 ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) Xiaomi 13T Pro - Dengan Harganya, Ini Pun Dah Cukup
  • iPhone 15 Tak Boleh Guna USB-C Android? Ini Yang Anda Patut Tahu
  • Samsung Galaxy S24 Ultra Mungkin Hadir Dengan Skrin Rata
  • Samsung Galaxy S23 FE Disahkan Hadir Pada 4 Oktober Ini
  • Sambar 2 Judul Permainan Menarik Ini Cepat Sementara Percuma

Di samping itu, peranti ini mungkin guna skrin paparan OLED yang sama seperti iPhone 14. Menariknya lagi, ia juga dilaporkan guna modem 5G Apple yang baharu, D84S.

Pada asalnya, modem tersebut akan membuat kemunculan pertama dalam siri iPhone 16. Tambahan lagi, Qualcomm juga telah mengumumkan perjanjian baharu untuk membekalkan Modem 5G kepada Apple hingga 2026.

Apple berkemungkinan besar akan melancarkan iPhone SE 4 ini seawal tahun 2024, sebelum pelancaran siri iPhone 16.

Beli Apple iPhone di Shopee – https://invl.io/cljwuif

Beli Apple iPhone di Lazada – https://invol.co/cljwuig

Sumber: Macrumors

Gambar utama: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY