Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4 concept rumors

iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto

Diterbitkan Disember 10, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

iPhone SE 4 akan menampilkan 48MP kamera belakang tunggal dan 12MP kamera TrueDepth di bahagian hadapan, menurut butiran yang didedahkan dalam laporan rantaian bekalan Korea Selatan.

ET News melaporkan bahawa LG Innotek merupakan pembekal utama modul kamera hadapan dan belakang untuk iPhone 4 SE, yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan. Foxconn dan Cowell Electronics juga dikatakan akan turut menyumbang kepada bahagian kamera peranti tersebut.

Ketika ini, iPhone 16 sedia ada mempunyai 12MP kamera TrueDepth di bahagian hadapan. Berkemungkinan iPhone SE generasi keempat kelak akan menyertakan tetapan kamera yang sama.

Sementara itu, ura-ura sebelum ini mencadangkan bahawa iPhone SE 4 akan mempunyai reka bentuk paparan seperti iPhone 14, menampilkan Face ID, paparan OLED 6.06-inci, port USB-C, butang Action serta 8GB RAM untuk menyokong Apple Intelligence.

Ia juga dijangkakan akan menjadi peranti pertama yang dilengkapi cip 5G rekaan Apple.

Berkaitan

  • Imej Komputer Dedahkan Rekaan iPhone SE 4 Tanpa Butang 'Home'
  • iPhone SE 4 Dijangka Dilengkapi Panel OLED, 2 Pembekal LCD Akan Terkesan
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY