Apple dijangka melancarkan iPhone SE generasi keempat pada tahun depan dengan panel OLED buat kali pertama, menandakan peralihan sepenuhnya kepada teknologi OLED dalam semua model iPhone.
Menurut Nikkei Asia, peralihan daripada paparan LCD kepada OLED akan mengecualikan dua pembekal panel Jepun, iaitu Japan Display (JDI) dan Sharp, daripada rantaian bekalan iPhone.
Sekitar sedekad lalu, JDI dan Sharp telah menyumbang sebanyak 70% dalam paparan iPhone. Walau bagaimanapun, jumlah itu menurun secara mendadak daripada hampir 200 juta LCD secara tahunan untuk iPhone kepada 20 juta pada 2023.
Peralihan iPhone kepada OLED secara beransur-ansur telah menyaksikan kedua-dua pembuat LCD Jepun itu hanya membekalkan untuk model iPhone SE.
Kini, Apple dikatakan telah mula membuat pesanan panel OLED untuk iPhone SE akan datang daripada BOE Technology Group dan LG Display.
Dengan jangkaan peralihan iPhone SE 4 kepada panel OLED kelak, ia bakal menandakan berakhirnya LCD dalam barisan iPhone.
{suggest}
Sumber: Nikkei Asia