Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4 rumors_AppleTrack

iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac

Diterbitkan November 21, 2024 ยท Dikemas kini November 21, 2024 oleh Amalina Athman

Penganalisis dari bank Barclays mendakwa telah “mengesahkan” bahawa iPhone SE generasi keempat akan dilancarkan menjelang akhir suku pertama tahun depan, lapor MacRumors.

Selaras dengan khabar angin sebelum ini, jangka masa itu mencadangkan iPhone SE 4 akan diumumkan pada Mac, sama seperti pelancaran model iPhone SE 2022.

Mengenai spesifikasi, iPhone SE 4 dijangka akan menampilkan rekaan yang sama seperti iPhone 14.

Antara lain yang dikhabarkan termasuk paparan OLED 6.1-inci, Face ID, cip siri-A yang lebih baharu, port USB-C, 48MP kamera belakang tunggal, 8GB RAM untuk membolehkan sokongan Apple Intelligence serta modem 5G rekaan Apple.

Sejak 2018, Apple dikatakan telah membangunkan modem 5G sendiri sebagai langkah yang akan membolehkannya mengurangkan, dan akhirnya menghapuskan kebergantungan kepada Qualcomm.

Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang pengesahan mengenai penggunaan modem 5G Apple pada iPhone SE 4. Juga, tidak diketahui sekiranya digunakan kelak, modem ini mampu menandingi prestasi modem Qualcomm atau sebaliknya.

Berkaitan

  • Imej Komputer Dedahkan Rekaan iPhone SE 4 Tanpa Butang 'Home'
  • iPhone SE 4 Dijangka Dilengkapi Panel OLED, 2 Pembekal LCD Akan Terkesan
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • iPhone 17 'Air' Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6

Sumber: MacRumors

Gambar utama: AppleTrack

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY