Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 – 2

Apple Hentikan Penjualan iPhone SE Dan Siri iPhone 14 Di EU

Diterbitkan Disember 30, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Apple bertindak menarik keluar iPhone SE dan siri iPhone 14 daripada pasaran Eropah selepas Kesatuan itu mula menguatkuasakan Arahan Pengecas Biasa EU, iaitu undang-undang yang melarang penggunaan pengecasan selain daripada USB-C.

Malah peraturan baharu itu juga membantu memastikan kelajuan pengecasan adalah sama apabila menggunakan mana-mana pengecas yang serasi untuk peranti.

Ekoran itu, Apple menarik keluar model iPhone tersebut dari pasaran Eropah termasuklah dari stor fizikal dan stor dalam talian mereka kerana peranti tersebut masih mengekalkan penggunaan sambungan Lightning untuk pengecasan.

Peraturan baharu EU itu terpakai kepada telefon mudah alih, tablet, kamera digital, fon kepala, set kepala, konsol permainan video, pembesar suara mudah alih, e-pembaca, papan kekunci, tetikus, sistem navigasi mudah alih dan fon telinga yang dijual di melibatkan seluruh blok 27 negara di dalam kesatuan itu.

Walau bagaimanapun, peraturan itu hanya akan berkuatkuasa pada 28 April 2026 untuk komputer riba.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY