Rekaan Bonggol Kamera iPhone 16 Sekali Lagi Dikatakan Berubah

Sebilangan pengguna mungkin dapat meneka jenis iPhone dengan hanya melihat pada reka bentuk binaan, warna serta rekaan kamera. Sebagai contoh, iPhone 12 mempunyai dua lensa menegak, manakala iPhone 13 dengan dua lensa menyerong. Untuk iPhone 15 Pro, ia mempunyai butang Action, bingkai titanium serta warna yang berbeza.

Bagi iPhone 16 yang akan dilancarkan tahun ini, Apple dilaporkan telah bereksperimen dengan rekaan bonggol kamera yang berbeza. Dalam laporan terbaharu, Apple sekali lagi dikatakan telah menguji prototaip dengan rekaan bonggol berbeza.

{suggest}

Menurut peniris Majin Bu di X, prototaip berkenaan mempunyai rekaan seakan gabungan bonggol kamera iPhone X dan iPhone 11, tetapi dengan beberapa variasi berbeza.



Beberapa sumbernya memberitahu bahawa imej yang dikongsi baru-baru ini hampir 100% sama dengan prototaip yang sedang diuji oleh Apple. Berkemungkinan ia akan menjadi rekaan akhir, walaupun belum dapat dipastikan.

https://twitter.com/MajinBuOfficial/status/1755219317291933776

Selain rekaan, Majin Bu turut berkongsi kapasiti bateri tiga model iPhone 16. Dakwanya, iPhone 16‌ dan iPhone 16 Pro Max akan menampilkan bateri yang lebih besar daripada sebelum ini, tetapi ‌iPhone 16‌ Plus mempunyai pengurangan sebanyak 9%. Sementara untuk iPhone 16 Pro, tiada maklumat mengenainya



Pengguna X itu juga menyatakan bahawa ‌iPhone 16 Pro‌ Max akan beralih daripada reka bentuk bateri berbentuk L yang digunakan pada iPhone 15 Pro Max dan lebih awal ke arah bateri segi empat tepat standard seperti ‌iPhone 16‌ dan ‌iPhone 16‌ Plus.

Ketika ini, tidak jelas mengapa bateri ‌iPhone 16‌ Plus didakwa akan berkurang berbanding pendahulunya manakala bateri ‌iPhone 16‌ akan lebih besar.

Mengambil kira Majin Bu tidak begitu mempunyai rekod yang kukuh, ia menimbulkan sedikit keraguan. Akan tetapi, perlu juga diketahui kapasiti bateri yang lebih kecil tidak semestinya mempunyai hayat yang kurang, kerana ia mungkin dilengkapi penjimatan tenaga yang boleh memanjangkan hayat bateri.

Sumber: Majin Bu, MacRumors