Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15

iPhone 15 Telefon Paling Laris Di Dunia Pada Suku Ketiga 2024

Diterbitkan November 8, 2024 ยท Dikemas kini November 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan data terbaru daripada counterpoint research, Apple iPhone 15 adalah model paling laris di dunia pada suku ketiga (Q3) 2024. Ia kemudian diikuti iPhone 15 Pro Max dan iPhone 15 Pro di kedudukan ketiga.

Walaupun jualan iPhone tahun ini merosot kepada 3.5% berbanding tahun 2023 untuk suku yang sama, peranti Apple masih memegang tiga telefon terlaris di pasaran global.

Samsung bagaimanapun kekal sebagai jenama paling banyak model dijual di dalam senarai 10 telefon. Bagi Q3 2024, model Galaxy A15 4G, Galaxy A15 5G, Galaxy A35 5G dan Galaxy A05 menjadi pilihan. Menarik lagi, buat pertama kalinya sejak Q3 2018, siri Galaxy S kembali masuk dalam 10 telefon paling laris. Samsung Galaxy S24 adalah telefon paling dicari pengguna.

counterpoint Q3 2024

Strategi Samsung kali ini mungkin berjaya untuk model Galaxy S mereka di mana memfokuskan Galaxy AI dan juga menawarkan kemas kini selama 7 tahun.

Selain itu, peranti Xiaomi turut masih utuh dalam kedudukan senarai ini. Redmi 13C 4G meneruskan kejayaan Redmi 12C 4G tahun lalu.

Jika melihat corak data yang diperlihatkan, pengguna cenderung memilih telefon daripada Apple bagi segmen premium. Namun, Galaxy S24 nampaknya memecahkan tradisi itu.

Dengan Apple dan Samsung tetap meneruskan “perang” kecerdasan buatan menerusi Galaxy AI dan Apple Intelligence, mereka mungkin akan terus mendominasi pasaran telefon pintar dunia.

Berkaitan

  • Apple Ambil Alih Aplikasi Pixelmator
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Apple Secara Tak Sengaja Benarkan Aplikasi Penstriman Haram Dalam App Store
  • One UI 7 Samsung Mungkin Tiru Ciri Apple Intelligence Ini
  • Apple Cadang Labur Sekitar RM43 Juta Untuk Bolehkan Jualan iPhone 16 Di Indonesia

Sumber: counterpoint research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY