Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_

Apple Secara Tak Sengaja Benarkan Aplikasi Penstriman Haram Dalam App Store

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh Amalina Athman

Apple secara tidak sengaja telah membenarkan aplikasi penstriman haram – yang memaparkan filem dan rancangan TV cetak rompak, tersedia di App Store.

Walaupun penerangan aplikasi yang dipanggil “Univer Note” mengatakan aplikasi itu sebagai platform produktiviti yang “mudah membantu anda merekodkan acara setiap hari dan merancang masa anda”, ia sebenarnya membolehkan pengguna menstrim filem yang masih ditayangkan di pawagam seperti Smile 2 dan Venom: The Last Dance.

Selain itu, ia juga menawarkan kandungan daripada platform penstriman seperti Netflix, Apple TV+, Disney+, Max, Prime Video dan banyak lagi.

univer note_platform strim haram di app store

Kandungan aplikasi tersebut dilabelkan dalam bahasa Perancis, manakala filem atau rancangan TV tersedia dalam bahasa asalnya dengan alih suara atau sari kata bahasa Perancis.

Difahamkan, aplikasi itu telah tersedia di App Store sejak September, namun tidak jelas sejak bila ia menawarkan filem dan rancangan TV cetak rompak dan bukannya fungsi nota.

Tambahan pula, kandungan filem dan rancangan TV itu hanya kelihatan dalam aplikasi di negara tertentu, termasuk Malaysia, Kanada dan Perancis. Sementara pengguna di Amerika Syarikat hanya melihatnya seperti aplikasi nota biasa, yang mungkin membolehkannya kekal di App Store.

Bagaimanapun, Apple kini telah mengalih keluar aplikasi Univer Note – menunjukkan aplikasi ini tidak lagi tersedia di App Store.

Berkaitan

  • 3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store
  • Aplikasi YouTube Tidak Rasmi Untuk Vision Pro Kini Dibuang Dari App Store
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iOS 18.2 Kini Benarkan Pengguna EU Buang App Store

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY