Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (26)

Apple Ambil Alih Aplikasi Pixelmator

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Baru-baru ini, Apple mengesahkan pengambilalihan Pixelmator, sebuah aplikasi penyuntingan imej yang tersedia untuk pengguna Mac dan iOS.

Langkah ini diumumkan melalui blog rasmi Pixelmator, di mana syarikat tersebut menyatakan bahawa pengambilalihan ini akan membolehkan mereka mencapai lebih ramai pengguna dan memberi impak lebih besar kepada pengguna kreatif di seluruh dunia.

Pixelmator telah menandatangani perjanjian untuk diambil alih oleh Apple, tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Namun, Pixelmator menegaskan tiada perubahan besar akan berlaku terhadap aplikasi mereka buat masa ini. Pixelmator Pro, Pixelmator untuk iOS, dan Photomator akan terus berfungsi seperti biasa.

Pengguna juga digalakkan untuk menantikan kemas kini menarik yang akan datang. Perkembangan ini memberi petanda positif, khususnya buat pengguna setia Pixelmator yang mengharapkan lebih banyak ciri inovatif di masa depan.

Pixelmator, yang dikenali sebagai alternatif murah kepada Adobe Photoshop dengan harga satu kali bayar sebanyak RM49.90, menawarkan pelbagai alat penyuntingan imej, retouching, serta ciri reka bentuk grafik.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Apple Lancar Program Pembaikan Percuma Untuk Isu Kamera iPhone 14 Plus
  • TM Terima Keputusan Kerajaan Berhubung Rangkaian 5G Kedua
  • Maxis Akan Berhubung Dengan MCMC Untuk Dapatkan Penjelasan Keputusan Rangkaian 5G Kedua
  • U Mobile Lancar Pelan U Family 128 - 1000GB Data, Perayauan Antarabangsa Percuma

Sumber: Pixelmator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY