Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S24

Siri Galaxy S24 Terima Sokongan Kemas Kini Android Sehingga 7 Tahun

Diterbitkan Januari 18, 2024 · Dikemas kini Januari 18, 2024 oleh Amalina Athman

Tahun lalu, Google telah melancarkan siri Pixel 8 dengan sokongan kemas kini sehingga 7 tahun. Kini, Samsung turut mengikut langkah Google dalam penawaran kemas kini perisian.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Siri Samsung Galaxy S24 - Tak Perlu Pixel, Ini Pun Dah Ada AI
  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Siri Galaxy S24 Naik Harga, Ini Perbandingan Dengan Galaxy S23

Menerusi acara Galaxy Unpacked, Samsung secara rasmi mengumumkan Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra menjadi barisan produk pertama syarikat itu yang akan menerima kemas kini perisian sehingga tujuh tahun.

Series Galaxy S24_1

Kemas kini ini merangkumi versi baharu Android dan One UI serta tampalan keselamatan. Memandangkan barisan Galaxy S24 hadir dengan Android 14, bermakna ketiga-tiga model akan menerima kemas kini sehingga Android 21 – atau apa sahaja nama sistem operasi yang akan dipanggil oleh Google ketika itu.

Untuk rekod, Samsung sebelum ini menawarkan empat tahun kemas kini Android dan lima tahun tampalan keselamatan.

  • Prapesan siri Galaxy S24 di Shopee: https://invl.io/clkllbt
  • Prapesan siri Galaxy S24 di Lazada: https://invol.co/clkllbg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY