Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 FE

One UI 7 Samsung Mungkin Tiru Ciri Apple Intelligence Ini

Diterbitkan November 5, 2024 ยท Dikemas kini November 5, 2024 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, Apple telah melancarkan kemas kini iOS 18.1 di mana ia menawarkan beberapa ciri Apple Intelligence kepada pengguna. Salah satunya adalah ringkasan notifikasi atau summarize notifications. Terbaru, Samsung dilihat bakal menawarkan ciri seumpama untuk barisan peranti Galaxy.

Menurut chunvn8888, Samsung menerusi kemas kini One UI 7 beta hadir dengan ringkasan notifikasi, dipanggil AI Notification. Namun, buat masa sekarang, ia hanya menyokong bahasa Korea sahaja dan sokongan bahasa Inggeris akan ditawarkan apabila versi stabil dilancarkan nanti.

https://x.com/chunvn8888/status/1852574436446306690

Kalau ada yang masih belum tahu, ciri Apple Intelligence itu akan meringkaskan banyak notifikasi sekiranya daripada sumber yang sama. Pada Apple juga, setakat sekarang, ia tidak menyokong banyak bahasa. Berdasarkan percubaan kami, bahasa Melayu pun tidak dapat diringkaskan. Jadi, tidak hairan sekiranya Samsung buat perkara sama.

Apple Intelligence iOS 18.1_A

Selain ciri AI tersebut, One UI 7 dijangka mengemas kini antara muka kamera, klon Dynamic Island, ikon dan panel notifkasi/quick setting baharu. Berkemungkinan versi beta ini diberikan kepada pengguna sebelum penghujung November.

{suggest}

Sumber: android authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY