Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR

Posted on November 4, 2024November 25, 2024

Tahun ini kita sudah nampak lambakan telefon pintar yang berada di pasaran. Mungkin anda merasakan semuanya sama sahaja atau lebih kurang. Tidak banyak benda menarik.

Sebenarnya, anda tidak salah. Ini kerana telefon pintar sudah sampai ke tahap yang hampir tidak banyak perubahan yang boleh dilakukan. Namun, tahukah anda, sebenarnya, ekosistem pada sesebuah jenama yang membuatkan kita semua kekal setia dengannya.

Ekosistemlah yang membezakan kelebihan sesuatu peranti itu. Apabila bercakap tentang ekosistem, ramai tertumpu kepada Apple sahaja. Dalam dunia Android, mereka pun ada ekosistem tersendiri dan jenama paling hampir yang menyerupai ekosistem Apple ialah HONOR.

Oleh yang demikian, saya sebagai pengguna Apple yang memang berada dalam ekosistem ini (Mac, iPhone, iPad) mencuba dengan sendiri ekosistem daripada HONOR.

Jadi, kalau anda mahukan apa pendapat saya mengenai ekosistem HONOR, anda perlu teruskan bacaan. Dalam pada itu, walaupun artikel ini dibawakan HONOR tetapi kesemua pendapat saya ini adalah jujur.

Semua peranti terhubung di bawah satu sistem

Kalau anda tanya saya adakah penting ekosistem ini dalam peranti? Jawapan saya sangat mudah, ya. Anda juga tidak boleh salah faham di mana ekosistem tidak sama dengan aplikasi pihak ketiga lain. Kesemuanya (ekosistem) adalah di bawah satu bumbung atau sistem. 

Ia (ekosistem) sebuah sistem yang menghubungkan peranti bagi tujuan memudahkan urusan harian. Dalam HONOR, sistem dicipta mereka ini agak menarik dan lain daripada jenama lain yang pernah saya cuba. Ia digelar sebagai MagicRing.

Apabila kesemua peranti HONOR dihubungkan dengan MagicRing, saya boleh menggunakan tetikus serta papan kekunci daripada komputer riba MagicBook Art 14 untuk mengawal MagicPad 2 dan telefon Magic V3.

mengalih keluar gambar dari telefon terus ke laptop
gambar sedang dipindah

Ia bukanlah ‘mirroring’ atau ‘extend display’, sebaliknya, saya boleh terus buat pindahan (drag) fail atau gambar dari komputer riba terus ke telefon atau tablet. Saya tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga atau muat naik ke storan awan. Perkara ini memang memudahkan. Ia ibarat universal control pada Apple tetapi kelebihan saya nampak pada HONOR.

HONOR Share

Selain itu, apabila saya mahu memindahkan fail besar seperti video, saya boleh menggunakan HONOR Share. Ya, ciri ini memang mirip dengan AirDrop daripada Apple.

honor ecosystem
honor ecosystem
HONOR Tethering

Bukan itu sahaja, ada satu ciri yang memang menarik perhatian saya. Ciri dimaksudkan adalah Network Tethering. Saya dengan mudah boleh berkongsi internet daripada telefon terus ke peranti lain. Kesemuanya boleh dikawal dalam satu tempat melalui MagicRing.

Panggilan masuk
Notifikasi WhatsApp yang boleh dibalas di laptop

Disebabkan kerja yang saya lakukan banyak di komputer riba, kadangkala tidak sempat untuk membuka telefon. Namun, perkara ini masih dapat saya atasi kerana segala notifikasi WhatsApp atau panggilan masuk ke telefon, saya boleh mengawalnya dari komputer riba.

HONOR ‘extend mode’

Tambahan lagi, untuk memaksimumkan produktiviti, saya pun kerap juga mengguna ciri ‘extend mode’ di mana tablet MagicPad 2 boleh dijadikan sebagai monitor kedua. Perkara ini memang membantu kerana saya seorang yang membuka banyak aplikasi serta tab dalam pelayar.

‘mirroring’ telefon HONOR di MagicPad 2

Bercakap tentang tablet, MagicPad 2 menyokong ‘mirror mode’ untuk telefon Magic V3 (telefon HONOR lain pun menyokong). Secara jujurnya, Apple tiada lagi fungsi ini dalam ekosistem mereka di mana buat masa sekarang hanya ‘mirroring’ di komputer riba sahaja. Mungkin anda merasakan tidak perlu tetapi fungsi sebegini memang membantu pada saat yang kita tidak sangka.

Ambil gambar menggunakan telefon HONOR untuk AI HONOR Notes
Gambar terus dipaparkan
Telefon HONOR boleh digunakan untuk mesyuarat dalam talian di komputer riba

Jikalau Apple ada ciri menggunakan telefon sebagai kamera untuk komputer riba, ya, HONOR juga ada perkara sama. Namun, HONOR membolehkan saya untuk ambil gambar daripada Magic V3 (telefon HONOR lain juga menyokong) dan ia akan terus memaparkan dalam aplikasi Notes. Malah, HONOR Notes ini juga disegerakkan (synchronize) menerusi semua peranti yang saya gunakan — komputer riba, telefon dan tablet.

HONOR ‘favorite space’

Ini juga termasuk dengan ciri ‘favorite space’ yang ditawarkan HONOR di mana ia membolehkan saya menyimpan gambar atau dokumen daripada telefon. Kemudian, saya boleh mengaksesnya daripada komputer riba mahupun tablet.

Ekosistem HONOR setanding pesaing

Sepanjang saya menggunakan semua peranti HONOR, apa yang boleh disimpulkan adalah ekosistem HONOR setanding yang ditawarkan pesaing.

Di sini, saya tidak menyatakan siapa lagi bagus atau lebih hebat. Sebaliknya, saya mahu tekankan kepada anda bahawa HONOR mampu memberikan sebuah ekosistem baik kepada pengguna.

Walaupun pada awalnya, MagicRing sedikit mengelirukan untuk menggunakannya. Namun, setelah sudah faham, cukup mudah.

Selain ekosistem, saya nampak yang HONOR mempunyai kelebihan juga. Mereka ada tablet MagicPad 2 dengan panel OLED, telefon lipat Magic V3 yang baik untuk tahun ini dan juga komputer riba OLED nipis, ringan dan kamera web boleh disembunyikan.

Kalau mahukan AI, MagicOS 9.0 yang boleh digunakan nanti pun ada banyak ciri kecerdasan buatan baharu.

Oleh yang demikian, saya berpuas hati dengan ekosistem HONOR. Sekiranya anda memang pengguna tegar Android dan mahukan peranti dengan ekosistem yang baik, HONOR boleh jadi pilihan anda.

artikel ini dibawakan HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress