Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

Apple Cadang Labur Sekitar RM43 Juta Untuk Bolehkan Jualan iPhone 16 Di Indonesia

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

Apple telah mencadangkan untuk melabur hampir $10 juta (~RM43 juta) dalam operasi pembuatan di Indonesia, yang bertujuan untuk menghapuskan larangan negara itu terhadap penjualan iPhone 16.

Menurut laporan Bloomberg, sumbernya memberitahu bahawa pelan itu akan melibatkan Apple melabur dalam sebuah kilang di Bandung, di mana Apple akan bekerjasama dengan pembekalnya untuk menghasilkan aksesori dan komponen untuk peranti Apple.

Difahamkan, Apple telah mengemukakan cadangannya kepada Kementerian Perindustrian Indonesia, yang bulan lepas telah menyekat permit penjualan iPhone 16 atas alasan unit tempatan gergasi teknologi AS itu tidak memenuhi 40% keperluan kandungan domestik untuk telefon pintar dan tablet.

Pihak kementerian itu juga sedang mengkaji cadangan tersebut dan dijangka membuat keputusan tidak lama lagi.

Indonesia mewakili pasaran penting untuk Apple, dengan penduduk negara itu berjumlah 280 juta mengendalikan kira-kira 354 juta telefon mudah alih aktif. Apple telah menubuhkan empat akademi pembangun di Indonesia untuk melatih pelajar dan jurutera, namun nampaknya negara itu memberikan tekanan yang lebih kuat untuk pelaburan pembuatan lebih besar.

Selain iPhone 16, Indonesia turut melarang penjualan telefon Google Pixel atas sebab yang sama.

Berkaitan

  • Apple Pertimbang Bina Kilang Pembuatan Di Indonesia
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • Selepas iPhone 16, Indonesia Kini Haramkan Jualan Google Pixel

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY