Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X6_KV

HONOR X6 Ditawarkan Untuk RM599 Dengan Bateri 5000mAh

Diterbitkan Oktober 5, 2022 · Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Telefon pintar baharu, HONOR X6 akan mula dijual di Malaysia mulai 7 Oktober ini pada harga RM599 dengan spesifikasi yang mungkin menarik untuk anda.

Ia mempunyai storan dalaman sebesar 128GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 5000mAH yang sokong pengecasan maksimum 10W.

Bagi paparan, panel TFT-LCD padanya mempunyai saiz 6.5″ dengan nisbah skrin 20:9. Oh ya, X6 juga menyokong kad memori.

HONOR X6 Amended Summary Visual

Untuk ‘enjin’ pula, ahli baru siri X ini dijana MediaTek Helio G25. HONOR tidak meletakkan Helio G25 di laman web rasmi mahupun Shopee namun carian di internet HONOR X6 menggunakannya.

Telefon ini juga dilengkapkan 3 kamera di belakang iaitu 50MP utama, 2MP depth dan 2MP makro. Untuk swafoto, pengguna dapat memanfaatkan sensor 5MP di hadapan.

Berkaitan

  • Reaksi Awal HONOR Magic V - Langkah Pertama HONOR Dalam Arena Lipat-Melipat
  • Ulasan - HONOR Magic4 Pro, Flagship Premium DNA Huawei
  • (Ulasan) HONOR Earbuds 3 Pro - Kualiti ANC Hampir Seperti AirPods Pro
  • (Ulasan) HONOR Watch GS 3 - Jam Pintar Elegan Dan Premium, Harga Boleh Tahan
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

HONOR X6 ditawarkan dalam dua warna menyerlah iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue.

Klik SINI untuk ke laman Shopee HONOR X6. Klik SINI untuk ke Lazada.

Untuk maklumat lebih terperinci tentangnya, terus ke laman web HONOR.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY