HONOR Watch GS 3 bolehlah dikategorikan sebagai sebuah jam pintar premium serta kaya dengan pelbagai ciri menarik yang perlu ada dalam sesebuah jam pintar moden masa kini.
HONOR Watch GS 3
Penulis berpeluang menguji sendiri jam pintar ini untuk beberapa minggu dan apa yang boleh penulis katakan adalah HONOR Watch GS 3 direka dengan begitu baik sekali.
Dari segi reka bentuk, ia menonjolkan sisi premium, eksklusif, elegen dan sporty sekaligus menjadikan anda kelihatan begitu bergaya sekali apabila memakainya.

Dilengkapi dengan rekaan skrin lengkung AMOLED bersaiz 1.43 inci, rekaan yang nipis serta tali jam dari kulit menyerlahkan lagi rekaan premium jam pintar ini.
HONOR Watch GS 3 ditawarkan dalam 3 pilihan warna menarik yang menjadikan seolah-olah anda kelihatan memakai jam berharga ribuan ringgit harganya.
Kaya Dengan Pelbagai Ciri Premium
Terdapat pelabagai ciri utama yang ada ditawarkan dalam jam pintar ini termasuklah pilihan antaramuka jam yang pelbagai, paparan sentiasa terbuka (AOD), info cuasa lokasi semasa, carian telefon (Find my phone), sokongan notifikasi, kawalan ke atas aplikasi seperti Spotify dan banyak lagi.
Notifikasi yang diterima pula meliputi mesej SMS, aplikasi WhatsApp, Twitter, e-mel dan lain-lain.
Malah anda juga boleh menjawab panggilan telefon terus dari jam pintar HONOR ini. Audio yang dikeluarkan dari jam ini juga jelas dan terang didengari.

Selain itu ia juga menyokong GPS, ciri monitor kadar degupan jantung dan oksigen di dalam darah (Sp02), tekanan, monitor bagi pelbagai aktiviti kecergasan dan banyak lagi.
Jadi HONOR Watch GS 3 ini sememangnya lengkap bagi menjejaki gaya hidup aktif anda.
Ditambah dengan ketahanan baterinya yang tahan lama yang mampu beroperasi sehingga hampir 14 hari, menjadikan anda tidak perlu bimbang untuk sentiasa mengecasnya.
Malah jika bateri jam ini habis sekalipun, anda boleh sahaja mengecasnya hanya dalam tempoh 5 minit sahaja dan sudah cukup untuk digunakan seharian.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dihadapai penulis sepanjang menggunakan HONOR Watch GS 3 ini.

Isu HONOR Watch GS 3
Salah satu isu terawal yang dihadapi penulis adalah bagi menyambungkan jam ini dengan jam pintar Android penulis.
Ini kerana, berdasarkan imbasan kod QR dari buku panduan yang diberikan oleh HONOR, aplikasi yang perlu dimuat turun dan dipasang ke dalam telefon pintar bagi menyambungkan HONOR Watch GS 3 ini dengan telefon penulis adalah aplikasi Petal Health.
Tetapi selepas dipasang, aplikasi tersebut gagal mengimbas dan menyambungkan HONOR Watch GS 3 bersama telefon.
Sebaliknya, apabila penulis mencari dan memuat turun aplikasi HONOR Health dari Play Store, barulah jam pintar ini dapat disambungkan dengan mudah bersama telefon pintar penulis.

Satu lagi isu HONOR Watch GS 3 ini atau lebih kepada kekurangan jam pintar ini adalah anda tidak boleh membuat panggilan terus dari peranti ini.
Tetapi sekurang-kurangnya anda masih boleh menjawab panggilan yang diterima dari jam pintar ini.

Kesimpulan
Selepas lebih 3 minggu menggunakan HONOR Watch GS 3 ini, penulis dapat simpulkan bahawa jam pintar ini sebagai sebuah peranti yang dihasilkan dengan begitu baik sekali.
Juga kaya dengan pelbagai ciri premium dan sangat sesuai untuk digayakan dalam apa jua situasi atau majlis rasmi,
Walaupun tiada ciri ECG sepertimana ada pada jam pintar Apple Watch, tetapi HONOR Watch GS 3 yang diijual dengan harga bermula dari RM899.00 hingga RM999.00 memang berbaloi dan kena dengan harganya.
HONOR Watch GS 3 sudah boleh dibeli menerusi peruncit-peruncit rasmi HONOR atau secara atas talian dari stor Shopee dan Lazada.
Beli jam pintar HONOR Watch GS 3 ini di:-
Shopee - https://invle.co/clbn47b
Lazada - https://invol.co/clbn44r
Berkaitan
- WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
- 12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G
- Huawei Watch Ultimate Menang Anugerah Jam Pintar Premium EISA
- Eropah Dilaporkan Merancang Menguatkuasakan Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Lebih Mudah Ditukar
- Miliki Peranti Pintar Serendah RM1 Dari 6 Syarikat Telekomunikasi Utama Ini
- Jom Derma Peranti Pintar 4G Terpakai Anda Kepada Keluarga Yang Memerlukan
- Xiaomi by Vivid Concepts Bagi Diskaun Sehingga 90%, TWS Hanya RM9 Dan Telefon Pintar Serendah RM99
- Tidur Sebelum Jam 9 Malam Dan Tidur Lebih Dari 8 Jam Tingkat Risiko Hilang Daya Ingatan - Kajian
- Kedudukan 5 Teratas Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Yang Menguasai Pasaran Telefon Pintar Dunia Bagi Tahun 2018
- Vivo Malaysia Berkongsikan Gambar Acah Model Terbaru Telefon Pintar Vivo Siri S