Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ulasan – HONOR Magic4 Pro, Flagship Premium DNA Huawei

Posted on Jun 12, 2022Jun 14, 2022

Seperti semua sedia tahu, HONOR Malaysia sudah pun melancarkan model telefon pintar flagship terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu HONOR Magic4 Pro pada 1 Jun lalu.

Pra tempahnya juga sudah pun dibuka yang berakhir pada 10 Jun 2022.

Tetapi belum pun tarikh akhir pra tempah ditutup, HONOR Magic4 Pro laku bak goreng pisang panas yang sudah pun habis ditempah para peminatnya.

Jadi apa yang menarik dengan HONOR Magic4 Pro ini?

Spesifikasi berkuasa

Sebagai sebuah peranti flagship, HONOR Magic4 Pro sudah tentunya telefon pintar yang dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru dan paling nerkuasa ketika ini iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Ia juga dimuatkan dengan RAM 8GB, storan 256GB, 3 kamera utama dibelakang dengan ciri EIS+OIS (penstabilan imej elektrik+penstabilan imej optikal), kamera hadapan dengan ciri imbasan 3D dan menyokong pengecas pantas (SuperCharge) sehingga 100w.

Kelebihan

Dari segi rekaan, HONOR Magic4 Pro menampilkan rekaan moden di mana ia dilengkapi dengan skrin lengkung OLED 6.81 inci, kerangka aluminium yang memberikan rasa premium dan berkualiti apabila dipegang serta implementasi rekaan kamera di bahagian belakangnya yang dikenali sebagai “Eye of Muse“.

Kamera belakang HONOR Magic4 Pro adalah terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MPdan kamera telefoto 64 MP dengan keupayaan zoom sehingga 100x.

Kamera dengan teknologi AI

Apa yang menjadikan HONOR Magic4 Pro ini sebagai sebuah peranti istimewa adalah keupayaan kameranya yang cukup berkuasa.

Gabungan kamera 50MP dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) serta ciri EIS+OIS sekaligus menjadikan aktiviti merakam gambar dan video menerusi peranti ini begitu mudah, seronok diguna dan berpuas hati dengan hasil video dan foto yang anda ambil dengannya.

Ibarat anda seorang jurufoto profesional dengan gambar yang siap disunting oleh penyunting foto yang mahir.

Foto dengan tetapan mod malam kamera HONOR Magic4 Pro ditambah dengan ciri ‘beauty’ memang terbaik.
Mod makro kamera HONOR Magic4 Pro.

Mod Pro HONOR Magic4 Pro memberikan anda lebih kawalan. Tetapan mudah diakses dan dikawal walaupun anda seorang jurufoto amatur.
Mod potret HONOR Magic4 Pro dengan bantuan AI menjadikan anda foto anda sempurna.

SuperCharge

HONOR Magic4 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,600mAh yang didatangkan bersama pengecas pantas berwayar 100W. Sekaligus mengecas peranti ini dengan sambungan USB-C adalah sangat pantas.

Tidak cukup dengan  itu, ia turut menyokong ciri pengecas pantas tanpa wayar sehingga 100W, menjadikannya peranti pertama dalam industri menyokong tekologi pengecasan tanpa wayar sepantas ini.

Pengecas tanpa wayar dijual berasingan.

Bukan itu sahaja yang pantas, ciri keselamatan imbasan cap jari dan wajah juga sangat pantas dan begitu mudah untuk peranti dinyah kunci.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan penulis selepas lebih seminggu menggunakan HONOR Magic4 Pro ini adalah ia adalah sebuah peranti flagship berkuasa yang mempunyai DNA telefon pintar Huawei yang dilengkapi dengan sistem operasi Android dengan sokongan Google.

HONOR Magic4 Pro ada GMS (Google Mobile Servis).

Dari aspek prestasi tidak perlu dipertikaikan kerana ia dikuasakan dengan cip pemprosesan terkini dan paling berkuasa dari Qualcomm.

Keupayaan kameranya juga begitu baik dengan adanya ciri AI, EIS dan OIS ia berupaya memberikan hasil video dan gambar cantik, menarik dan sempurna kepada anda.

Cuma sedikit kecewa pada paparan peranti ini kerana HONOR tidak melengkapinya dengan paparan quad HD. Resolusi skrin HONOR Magic4 Pro sekadar 2848×1312 Pixel sahaja.

Tetapi, bagi anda yang mahukan sebuah telefon pintar flagship berkuasa, peminat Huawei tapi mahu ada GMS serta mahukan kamera berprestasi dan kaya dengan pelbagai ciri yang berupaya menghasilkan imej dan video berkualiti, HONOR Magic4 Pro adalah antara telefon pintar yang harus ada dalam senarai anda ketika ini.

HONOR Magic4 Pro dijual pada harga RM3,999.00 dan didatangkan dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Cyan, Hitam dan Emas.

Mampu milik atau tidak, anda yang ada jawapannya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress