Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Matikan PayDirect Touch ‘n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol

Posted on September 19, 2022April 8, 2024

Ciri PayDirect pada aplikasi TNG eWallet ialah sebuah fungsi yang mana baki dalam TNG eWallet akan ditolak apabila pengguna menggunakan kad Touch ‘n Go di sesetengah plaza tol dan parkir.

Maksudnya, apabila anda tap kad di tol atau melalui SmartTAG, kadar tol akan akan ditolak daripada duit dalam eWallet, bukan baki dalam kad TNG.

 

Sebenarnya, TNG eWallet hadir dengan butang yang benarkan pengguna aktifkan dan nyahaktif ciri PayDirect.

Untuk mematikannya, masuk ke aplikasi eWallet. Tekan TNG Card > pilih kad > tekan 3 titik > PayDirect > Matikan/hidupkan.

Pilihan untuk hidupkan dan matikan sepatutnya sudah lama wujud namun hanya bulan ke-9 dalam tahun 2022 ia disediakan pihak Touch ‘n Go eWallet.

Hal ini kerana sebelum ini, jika anda telah menambah kad dalam eWallet, ia secara automatik menggunakan baki eWallet.

Justeru, sesetengah pengguna berasa tidak puas hati kerana mereka mahu ia ditolak daripada baki kad yang masih banyak. Selain itu, baki eWallet juga mereka peruntukkan untuk penggunaan selain tol.

Untuk makluman, tidak semua plaza tol dan tempat parkir menyokong ciri ini. Antara tol yang tidak menerimanya ialah lebuh raya PLUS.

{suggest}

Katakanlah baki dalam eWallet anda tidak mencukupi, maka barulah sistem akan secara automatik menggunakan baki dalam kad.

Anda kini boleh menambah sehingga 5 kad TNG dalam aplikasi tersebut dan mengaktifkan PayDirect.

Untuk senarai tol, pusat beli-belah yang menyokong PayDirect dan maklumat lanjut, sila ke laman web Touch ‘n Go.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress
Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami