Dua minggu lalu, Shell dan Porsche Asia Pasifik telah merasmikan stesen pengecasan kereta elektrik, Shell Recharge HPC (High Performance Charging) di Tangkak, Johor. Ini merupakan stesen HPC pertama mereka daripada 6 stesen yang akan dibina sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Seorang warga Amerika Syarikat, Wayne Gerdes yang pemegang beberapa rekod dunia sekali lagi memecah Guinness World Records untuk masa pengecasan paling singkat untuk menyeberangi Amerika Syarikat dengan kenderaan elektrik.
Rekod yang perlu dipecahkannya ialah 7 jam, 10 minit dan 1 saat yang dipegang oleh Kia EV6.
Dengan masa pengecasan 2 jam, 26 minit, 48 saat, dia berjaya merentas negarinya dari Los Angeles, California hingga ke bandar New York dengan jumlah jarak sebanyak 4,561km (2,834 batu).
Memuji Porsche Taycan, dia mengakui ini pengalaman kali pertamanya mengecas dari 6% ke 82% dalam masa 22 minit menggunakan pengecas 350KW.
Setiap kilometer perjalanan kereta itu dirakam, dijejak dengan GPS dan dirujuk pada barisan panel yang bertauliah sebelum dia disahkan sebagai pemecah rekod.
Di Malaysia, Porsche Taycan boleh didapati serendah ~RM500 ribu dengan pengecualian cukai. Selain itu, pemiliknya juga akan didaftar secara ahli Platinum yang melayakkan mereka untuk mendapatkan banyak manfaat di Shell di Malaysia dan Singapura termasuk diskaun 50% untuk 12 jam pertama setiap tahun.
Dalam perkembangan lain, TNB juga berkongsi rancangan mereka untuk membuka hub pengecas kereta elektrik di Bangsar pada 2023 kelak selain sebuah stesen pengecas arus terus (DC) di ibu pejabat mereka di Kota Damansara yang akan siap pada bulan hadapan.
Sumber: Porsche
Baca juga: