Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Johari Ghani_28 Oct 2026 Parlimen Malaysia

Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air – Johari Ghani

Diterbitkan Oktober 30, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 30, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan tidak akan meluluskan projek pembangunan pusat data di negeri yang tidak mempunyai bekalan air mencukupi, walaupun negeri berkenaan mempunyai tanah yang sesuai untuk pembangunan tersebut.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kecukupan bekalan air perlu disahkan oleh kerajaan negeri sebelum sesuatu projek pusat data boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.

“Kalau negeri itu tak cukup air, walaupun dia ada tanah, kita tak boleh bagi kelulusan tersebut. Kerajaan perlu memastikan bekalan utiliti dapat disediakan sebelum pelabur membawa masuk modal yang besar untuk membangunkan pusat data,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengenai kemungkinan wujud konflik kepentingan apabila sebuah syarikat pembekal air di Johor turut mempunyai kepentingan besar dalam pelaburan pusat data di negeri itu.

Bagi bekalan elektrik pula, Johari berkata kerajaan akan mendapatkan pandangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengenai kecukupan bekalan elektrik dan margin simpanan tenaga sebelum mempertimbangkan kelulusan pusat data tambahan.

“Langkah itu penting bagi memastikan keperluan tenaga industri lain tidak terjejas oleh kemasukan pelaburan pusat data. Sekiranya bekalan sedia ada tidak mencukupi, kerajaan akan meneliti pilihan penjanaan di luar grid, termasuk penggunaan tenaga solar bersama sistem penyimpanan bateri,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Johari memaklumkan kerajaan telah menerima 24 permohonan baharu pembangunan pusat data, namun belum membuat keputusan terhadap permohonan tersebut kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan.

Penilaian itu mengambil kira keperluan 117 pusat data yang telah mendapat kelulusan, selain kemampuan menyediakan bekalan tenaga tambahan melalui penggunaan tenaga boleh baharu, sistem penyimpanan tenaga dan teknologi baharu.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pusat Data Sumbang 9.28% Daripada Penggunaan Elektrik - Suruhanjaya Tenaga
  • Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY