Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta

Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta

Diterbitkan Disember 27, 2021 · Dikemas kini Disember 27, 2021 oleh Aminuddin Ahmad
Tesla ialah sebuah jenama kereta yang terkenal dengan produk kereta elektrik bersama ciri pintarnya. Bukan sahaja disebabkan ciri pintarnya, jenama ini juga dikenali ramai kerana pemiliknya, Elon Musk yang sering dijulang sebagai salah seorang genius terpenting zaman ini.
Kereta elektrik memerlukan kuasa bateri yang jauh lebih besar daripada kereta biasa yang menggunakan petrol. Kos untuk menukar bateri kereta sebegini memerlukan kos yang sangat tinggi memandangankan ia adalah nadi pada kereta.
Terbaru, pemilik pada Tesla Model S keluaran 2013 telah membulatkan hati untuk meletupkan keretanya. Tuomas Katainen berkata 1500km pertama bersama Tesla Model S tersebut adalah sangat baik namun kemudian dia menerima kod error yang memaksanya meninggalkan keretanya di bengkel selama sebulan.

Bengkel tersebut kemudian menghubunginya untuk memberitahu tidak apa-apa yang boleh dilakukan untuk membaiki kereta tersebut melainkan menukar keseluruhan unit sel bateri dan ia mengambil kos sehingga $22,600 (~RM95,000).
Dengan bantuan pemilik saluran YouTube, Pommijätkät, mereka melekatkan 30kg dinamit pada kereta tersebut di kawasan bekas lombong kuari yang dipenuhi salji dikenali sebagai Jaala di Finland. Selesai diletupkan, sisa yang didapati mereka hanyalah sebahagian kecil daripada rangka kereta bersama tayar dan rim.
Bangga dengan pencapaian mereka, Tuomas dengan wajah yang ceria mengakui bahawa meletupkan kereta Tesla-nya adalah lebih menyeronokkan berbanding memandunya. Tuomas tidak meminta bantuan kewangan untuk meletupkan keretanya walaupun banyak orang ingin menyumbang.
Sumber: Pommijätkät

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Hadir Tanpa Stereng
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
  • Ciri Baru MySejahtera Beritahu Jika Berdekatan Orang Positif COVID-19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY