Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta elektrik huawei malaysia

TNB Akan Buka Stesen Pengecas Kereta Elektrik Tahun Hadapan

Diterbitkan Januari 20, 2022 · Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kereta elektrik ialah masa depan automotif global walaupun masih kurang belum kuat pengaruhnya di Malaysia. Antara jenama besar yang sering bermain di kepala pastinya Tesla. Apple juga dilaporkan akan mengeluarkan kereta elektrik mereka sekitar 2024 kelak.

Selari dengan perkembangan ini, Shell bersama Posrche pada minggu lalu telah membuka stesen pengecas elektrik berprestasi tinggi iaitu Shell Recharge HPC yang pertama untuk Asia Tenggara dan terletak di Tangkak, Johor.

Tidak ketinggalan, kini Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah berkongsi rancangan mereka untuk pembukaan stesen pengecas kereta elektrik mereka tahun hadapan.

Dalam acara NEXTGen Malaysia yang berkisar tentang teknologi dan tenaga masa depan, BMW Group Malaysia telah menandatangani perjanjian persafahaman (MoU)  dengan beberapa nama besar seperti MGTC, TNB dan Siemens Malaysia. Kesepakatan antara syarikat-syarikat ini adalah untuk membangunkan infrastruktur dan ekosistem kenderaan elektrik di Malaysia.

Tenaga Switchgear, anak syarikat TNB tidak melepaskan peluang berkongsi dan mempamerkan miniatur reka bentuk stesen dan pengecas mereka. Daripada miniatur tersebut dapat dilihat bumbungnya diletakkan panel solar yang mungkin akan menjadi salah sumber tenaga di stesen tersebut.

Mereka merancang untuk mendirikan hub pengecas pertama di Bangsar dan dijangka mula beroperasi menjelang 2023. Sementara itu, sebuah stesen pengecas arus terus (DC) dengan unit tunggal akan dibangunkan di ibu pejabat mereka di Kota Damansara akan siap pada bulan hadapan.

Sumber: WapCar

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
  • Ini Cara Buat ‘Multiple Copy Paste’ Di Windows 10 Tanpa Hilang
  • Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY