Pernah atau tidak dalam hidup anda terjadi dengan dua perkara ini; anda buat sebuah akaun media sosial hanya untuk jejak kedudukan individu lain? atau ketika anda berumur 19 tahun, pernahkah tokoh teknologi memulakan perbualan dengan anda di ruang DM bersama tawaran sejumlah wang? Mungkin satu pun tak pernah, tetapi inilah dua perkara yang terjadi pada Jack Sweeney.
Jack Sweeney, seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru menuntut di University of Central Florida sudah ditawarkan ~RM21 ribu oleh Elon Musk untuk berhenti berkongsi lokasi jet beliau di Twitter.
Jack telah mencipta sebuah akaun Twitter, @ElonJet yang berfungsi 24/7 mengesan lokasi jet Elon Musk serta berkongsinya melalui twit yang boleh dilihat serta disebarkan sesiapa sahaja. Pun begitu, Jack tidaklah melakukannya secara manual kerana ia menggunakan bot.
“Can you take this down? It is a security risk,” mesej daripada Elon Musk kepada Jack pada 12 tengah malam memintanya berhenti melakukan perkara tersebut.
Elon menawarkan $5,000 untuk akaun namun Jack meminta $50,000 atas alasan untuk perbelanjaan kolejnya dan mungkin membantu beliau membeli Tesla Model 3.
Landed in Austin, Texas, US. pic.twitter.com/4l7tKiUspp
— Elon Musk's Jet (@ElonJet) January 26, 2022
Akaun tersebut kini diikuti 109.2K orang. Bukan sahaja Elon Musk menjadi mangsa malah Jack juga melakukan penjejakan ini pada tokoh lain seperti Bill Gates dan Jeff Bezos melalui akaun @GatesJet dan @BezosJet.
Sumber: Protocol
Baca juga: