Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Anda mesti selalu tertanya-tanya kenapa Internet di rumah selalu perlahan dan tak stabil, kan? Sebenarnya, perkara ini berpunca daripada masalah router yang disebabkan teknologi WiFi 5. Jika anda masih menggunakan router WiFi 5, kemungkinan ia tidak dapat menampung penggunaan Internet yang berat terutamanya jika banyak peranti disambungkan padanya. Mujurlah dengan teknologi yang semakin canggih, kita dah ada WiFi 6 yang memberikan hubungan Internet yang lebih laju dan stabil dan dapat menampung sebanyak 8 peranti!

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah panggilan video tersekat-sekat yang buatkan anda seperti sedang rap? Atau bila ayah mengadu perlawanan bola sepak langsung yang lagging atau bila ibu sedang sedih sebab tak dapat sertai sesi aerobik secara langsung dan pada masa yang sama si adik pula tengah meragam sebab tak dapat main game sampai bising satu rumah? Ah kecohnya! Tapi semuanya akan jadi lebih mudah dan lancar dengan adanya Kabel Besar TIME di rumah! Sekarang lagi hebat dengan adanya WiFi 6.

Kabel Besar TIME untuk pelan 1Gbps yang datang dengan WiFi 6 kini memberikan anda WiFi yang lebih laju, lagi stabil dan sangat berbaloi dengan harga yang lebih rendah untuk tawaran per Mbps. Tak kisahlah sama ada anda terpaling gamer, terpaling mat filem, terpaling WFH, WiFi 6 TIME Internet bersedia untuk tingkatkan produktiviti dan kehidupan seharian anda dengan kelajuan dan kestabilan tanpa tandingan!



1. Alami Rangkaian Yang Stabil Tahap Dewa Di Rumah!

Selain telah dibuktikan Ookla, kabel gentian optik 100% yang digunakan TIME Internet pastinya dapat menjamin prestasi Internet yang lebih baik dan stabil terutamanya dalam rumah yang penuh dengan peranti pintar dan mudah alih. Jikalau WiFi 5 halakan isyarat pada semua arah, WiFi 6 pula menghalakan isyarat dengan lebih kuat pada arah peranti yang menggunakannya. Kalau anda rasa liputan WiFi di rumah tak cukup luas, apa ada hal, tambah saja mesh. Internet padu, barulah rumahku syurgaku!

2. Kelajuan Internet Yang Melampau Sehingga 1Gbps!



Ya, TIME Internet adalah Internet paling laju di Malaysia sekarang, 1Gbps! Kata orang, pejam celik dah dapat tapi dengan TIME, belum sempat pejam dah dapat. Dengan kelajuan 40% lebih pantas daripada WiFi 5, kelajuan 1Gbps TIME dengan WiFi 6 ini tak dapat dinafikan lagi memang ngam soi untuk panggilan video berjam-jam, permainan video yang perlukan kepantasan, penstriman langsung dan apa-apa saja yang perlukan penggunaan penggunaan bandwidth yang tinggi. Sistem dan teknologi pada router WiFi 6 memberikan kelajuan pantas sekitar 10Gbps berbanding WiFi 5 yang hanya dapat menampung kelajuan 3.5Gbps. Generasi WiFi terbaru ini memberikan anda keseronokan melayari Internet dengan kadar pendaman yang rendah dan tiada lag!

Tak lupa juga dengan Control Hub pada aplikasi TIME Internet, anda dapat mengoptimumkan sambungan dan kekuatan WiFi atau juga jalankan diagnostik kendiri! Seperti mana bandar dan kawasan urban di Malaysia terus sibuk setiap detik, Kabel Besar TIME memberikan servis ini untuk mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan anda sebagai pegguna Internet!  

3. WiFi 6 Bukan Sekadar Sambungan Yang Pantas & Stabil Semata-Mata!

Kalau anda fikir WiFi 6 hanya menawarkan sambungan Internet yang pantas dan stabil, anda silap. Dengan WiFi 6, jangka hayat bateri peranti rumah pintar dan mudah alih seperti CCTV dan loceng pintu video juga dapat dipanjangkan. Ini disebabkan sebuah ciri yang dikenali sebagai Target Wake Time pada WiFi 6 yang tidak ada pada generasi WiFi sebelumnya. Target Wake Time dapat menentukan bila dan bagaimana untuk menghantar dan menerima data daripada peranti, lantas mengurangkan masa untuk peranti dihidupkan dan menjimatkan penggunaan bateri semua peranti. Namun, anda kena check dulu kalau peranti adalah mesra WiFi 6, baru boleh nikmati faedah ni.

4. Nikmati Nilai Terbaik Untuk Internet Pantas & Stabil!

Sama ada anda mempunyai keluarga besar sehingga 10 orang ataupun hanya berdua, mahupun seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, TIME Internet mempunyai rangkaian pakej untuk semua jenis gaya hidup dan keperluan Internet. 

Sekarang, TIME Internet menawarkan TAWARAN MASA TERHAD di mana anda boleh memiliki mesh WiFi secara PERCUMA (RRP: RM169). Inilah peluang anda menukarkan ruang di rumah yang sunyi tanpa WiFi kepada zon Internet! Lihat promosi eksklusif dalam talian yang hebat ini:




5. Anda Ialah Orang Kayangan TIME!

Nama anda mungkin tidak disebut dalam senarai 10 Orang Asia Paling Berpengaruh Tahun Ini dalam majalah TIME tapi yang pasti anda ialah VVIP TIME Internet. Jadi, anda tak perlu risau sebab dengan pakej Kabel Besar, anda boleh dapatkan bantuan melalui Live Chat pada bila-bila masa 24/7 dan menggunakan alatan tersedia dalam aplikasi TIME Internet.

Kabel Besar dan WiFi 6 TIME sememangnya satu kemegahan untuk TIME tapi mereka juga sangat berbangga dengan bahagian perkhidmatan pelanggan mereka yang bersedia di sisi pelanggan untuk menjawab semua pertanyaan 24 jam sehari, 7 hari seminggu melalui talian hotline atau Live Chat pada laman sesawang dan aplikasi TIME Internet:

Jika anda ada sebarang soalan, jangan ragu-ragu dan malu untuk berhubung dengan perkhidmatan pelanggan yang ramah yang sedia berkhidmat untuk anda!



Cara terpantas untuk kekal berhubung dan sampaikan mesej anda ialah dengan mempunyai rangkaian stabil bersama kelajuan luar biasa. Dengan 100% Fibre, 1000% Kabel Besar TIME, penggunaan WiFi 6 akan sentiasa meletakkan anda di hadapan berbanding orang lain walaupun dengan beza beberapa saat, terutamanya ketika anda menempah tiket festival, membeli unit terakhir kasut edisi terhad, mendapatkan tempat dalam sesi masterclass, atau membeli tiket wayang yang sedang hangat pada hari pertama ia ditayangkan!

Ketahui lebih lanjut tentang Kabel Besar TIME Internet dan langgani perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi dan yang lebih  stabil SINI.

*Artikel ini dibawakan oleh TIME Internet.