Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
X500 Series KV

Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400

Diterbitkan Oktober 30, 2026 oleh Amsyar Latif

Siri vivo X500 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 3 November 2026, dengan harga bermula RM4,699 selepas diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 27 Oktober lalu.

Siri telefon pintar mercu terbaharu ini terdiri daripada tiga model, iaitu vivo X500, vivo X500 Pro dan vivo X500 Pro Max, yang menawarkan teknologi pengimejan ZEISS serta keupayaan rakaman video yang dipertingkatkan.

Mengetuai barisan tersebut, vivo X500 Pro Max dilengkapi kamera telefoto ZEISS APO 200MP dengan sokongan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang menawarkan jarak fokal setara 400mm.

Sementara itu, vivo X500 Pro menyokong Telephoto Extender Gen 2 dengan jarak fokal setara 200mm, manakala vivo X500 hadir dengan kamera telefoto ZEISS APO setara 72mm serta kamera utama ZEISS 50MP.

Bagi rakaman konsert, model Pro Max dan Pro turut menawarkan fungsi Lock-On Subject Tracking, Auto Framing Fancam Video serta Video Tracking 4K 120fps bagi membantu mengekalkan fokus pada subjek yang bergerak.

Dari segi bateri, vivo X500 Pro Max mempunyai kapasiti 7,800mAh, diikuti vivo X500 dengan 7,500mAh dan vivo X500 Pro sebanyak 6,510mAh.

Ketiga-tiga model menyokong pengecasan berwayar 90W, pengecasan tanpa wayar 40W serta menggunakan OriginOS 7.

First Sale KV 2

Bersempena jualan pertama dari 3 hingga 30 November 2026, vivo menawarkan ganjaran bernilai lebih RM3,400, termasuk vivo Buds Pro, manfaat vivo Care dan rebat terpilih.

Pembeli yang layak turut boleh menikmati langganan Google AI Pro selama tiga bulan dengan storan awan 5TB, selain promosi pembayaran melalui SPayLater, Atome dan bank terpilih.

Kempen pra-tempahan siri vivo X500 akan berakhir pada 2 November, sebelum jualan rasmi bermula keesokan harinya. Semua promosi tertakluk kepada kelayakan, ketersediaan hadiah dan terma yang ditetapkan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY