Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shell-hpc-tangkak station-1

Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak

Diterbitkan Januari 14, 2022 · Dikemas kini Januari 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Shell dan Porsche Asia Pasifik mengumumkan pembukaan stesen pengecasan kereta elektrik, Shell Recharge HPC (High Performance Charging) di Tangkak, Johor. Ini merupakan stesen HPC pertama mereka daripada 6 stesen yang akan dibina sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Pembukaan stesen di Tangkak ini juga adalah pertama di Asia Tenggara dan pengguna boleh menempahnya melalui aplikasi. Keenam-enam stesen ini akan disertakan dengan pengecas arus terus 180kW dan pengguna akan dicas RM20 untuk 5 minit penggunaan.

Semua pelanggan kereta elektrik dia Malaysia boleh mendaftar untuk pelan langganan Shell Recharge Gold yang mempunyai kadar diskaun 40% untuk 10 jam pertama setahun iaitu RM 12 setiap 5 minit untuk 25 minit pertama.

shell recharge rate

Pemilik Porsche Taycan pula akan didaftar secara ahli Platinum yang melayakkan mereka untuk banyak manfaat di Shell di Malaysia dan Singapura termasuk diskaun 50% untuk 12 jam pertama setiap tahun.

Selepas Tangkak, Shell juga akan membuka Shell Recharge HPC di Seremban, Jalan Ayer Hitam, Simpang Pulai dan Tapah tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang Shell.

Baca juga:

  • Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
  • Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol
  • Facebook MCMC Diserang Netizen Kerana ‘Post’ Tip Rangkaian Bermasalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY