Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keuntungan Samsung Melonjak 1,800%, Mencecah ~RM253 Bilion

Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 – Samsung

Diterbitkan Oktober 30, 2026 · Dikemas kini Oktober 30, 2026 oleh ariff bukhari

Industri teknologi global kini sedang berdepan dengan krisis kekurangan cip memori DRAM.

Tapi, isu ini nampaknya akan menjadi semakin kritikal pada tahun 2027 akan datang ini dengan dijangkakan akan turut melibatkan perkakasan Memori Jalur Lebar Tinggi (High-Bandwidth Memory / HBM).

Ini kerana, pembuatan cip memori HBM mengambil ruang wafer yang lebih banyak berbanding memori konvensional.

Jadi, dengan tumpuan pengeluar kini lebih kepada HBM, ia secara tidak langsung mengetatkan lagi bekalan memori bagi peranti pengguna global seperti komputer riba dan telefon pintar.

Berita yang tidak menyenangkan ini disampaikan oleh Samsung semasa pembentangan Pendapatan Suku Ketiga 2026nya.

Dalam pembentangan itu, Samsung memberi amaran bahawa industri cip memori global bakal berdepan kekurangan bekalan yang lebih serius bermula tahun 2027, dengan tekanan bekalan dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya 2028.

Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 – Samsung

Samsung memaklumkan, 70% kapasiti pengeluaran memori mereka untuk tempoh akan datang telah pun ditempah melalui perjanjian jangka panjang dengan pelanggan utama.

Permintaan yang tinggi terhadap HBM, DRAM dan memori canggih lain dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan.

Pengembangan kapasiti pengeluaran yang  memerlukan pelaburan besar dan tempoh produksi yang panjang, turut menyebabkan bekalan baharu sukar ditingkatkan dengan cepat.

Samsung Perkenal Konsep Memori AI Generasi Baharu

Ledakan pesat teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta pembinaan pusat data di seluruh dunia telah melonjakkan permintaan komponen ini ke tahap luar biasa, melebihi keupayaan pengeluaran semasa pengeluar gergasi seperti Samsung Electronics, SK hynix, dan Micron.

Sekiranya trend ini berterusan, lonjakan berterusan harga cip memori mungkin tidak dapat dielakkan dengan pengguna industri teknologi terpaksa berdepan kos yang lebih tinggi untuk perkakasan AI, pelayan dan pusat data pada tahun-tahun mendatang.

Namun, lonjakan ini pastinya memberi keuntungan yang besar kepada pengeluar utama memori  seperti Samsung, SK hynix dan Micron.

Sebagai contoh, Micron menyaksikan harga saham mereka meningkat lebih 300% sepanjang tahun lalu, didorong oleh permintaan AI dengan SK hynix pula merekodkan keuntungan operasi sebanyak 83.33 trilion won (~RM258.3 bilion) hanya dalam tempoh 3 bulan ( Julai hingga September 2026).

Sementara Samsung pula, bersetuju memberikan bonus besar kira-kira $370,000 (~RM1.4 juta) kepada pekerja mereka pada tahun ini, hasil keuntungan daripada permintaan luar biasa terhadap cip memori mereka oleh pusat data AI.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • “Normal Baru” Harga Memori Akan Jadi Lebih Tinggi - Lenovo
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY