Google kini memperkenalkan Gemini 3.6 Flash sebagai model AI terbaharu dalam siri Flash, kira-kira dua bulan selepas pelancaran Gemini 3.5 Flash. Bersama model baharu itu, Google turut mengumumkan Gemini 3.5 Flash-Lite serta Gemini 3.5 Flash Cyber yang dibangunkan khusus untuk keselamatan siber.
Gemini 3.6 Flash Tawar Prestasi Lebih Baik Pada Kos Lebih Rendah
Gemini 3.6 Flash merupakan model utama dalam pelancaran kali ini. Menurut Google, model tersebut menawarkan peningkatan dalam pengekodan, tugasan berasaskan pengetahuan serta pemprosesan multimodal, dengan menggunakan 17% lebih sedikit token output berbanding Gemini 3.5 Flash berdasarkan data Artificial Analysis Index.

Dalam penanda aras tertentu seperti DeepSWE, pengurangan penggunaan token output boleh mencecah sehingga 65%. Selain itu, model ini memerlukan langkah penaakulan dan penggunaan alat yang lebih sedikit untuk menyelesaikan tugasan berbilang langkah, sekali gus membantu mengurangkan kos keseluruhan bagi aplikasi berasaskan ejen AI.
Google turut menurunkan harga penggunaan Gemini 3.6 Flash kepada AS$1.50 bagi setiap sejuta token input dan AS$7.50 bagi setiap sejuta token output.

Dari segi prestasi, Google mendakwa Gemini 3.6 Flash lebih tepat, menghasilkan lebih sedikit suntingan kod yang tidak diingini serta mengurangkan gelung pelaksanaan (execution loops). Prestasi penggunaan komputer juga meningkat daripada 78.4% kepada 83%, selain kini menyokong alat baharu melalui Gemini API dan Gemini Enterprise.
Gemini 3.6 Flash builds directly on feedback from 3.5 Flash.
Watch how it compares on quality and token usage ↓ pic.twitter.com/UsVzHv0VOQ
— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) July 21, 2026
Gemini 3.5 Flash-Lite
Google turut melancarkan Gemini 3.5 Flash-Lite yang disasarkan untuk tugasan dengan kependaman rendah (low latency) dan pemprosesan berskala tinggi. Model ini mampu menjana sehingga 350 token output sesaat dan ditawarkan pada harga AS$0.30 bagi setiap sejuta token input serta AS$2.50 bagi setiap sejuta token output.
Gemini 3.5 Flash-Lite is our fast, cost-effective model for scaling repetitive use cases like sorting tickets and extracting data.
Watch how it performs against 3.5 Flash on a series of high volume tasks ↓ pic.twitter.com/km2wa21mUJ
— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) July 21, 2026
Google berkata model ini direka untuk tugasan seperti carian berasaskan ejen AI dan pemprosesan dokumen, dengan pembangun boleh memilih tahap penaakulan yang sesuai mengikut keperluan sama ada untuk mengutamakan kependaman rendah atau menyelesaikan tugasan yang lebih kompleks.
Menurut Google, Gemini 3.5 Flash-Lite menawarkan peningkatan kualiti yang ketara berbanding Gemini 3.1 Flash-Lite. Dalam beberapa penanda aras berkaitan pengekodan dan ejen AI, Gemini 3.5 Flash-Lite turut mengatasi Gemini 3 Flash walaupun merupakan model yang lebih ringan.
Gemini 3.5 Flash Cyber Untuk Keselamatan Siber
Selain dua model tersebut, Google turut memperkenalkan Gemini 3.5 Flash Cyber yang dibangunkan berasaskan Gemini 3.5 Flash untuk membantu mengesan dan membaiki kelemahan keselamatan siber.
Gemini 3.5 Flash Cyber: Our specialized model optimized to find and fix security vulnerabilities within CodeMender, our code security agent.
Built on top of 3.5 Flash, this model reaches competitive frontier-level performance at a cheaper cost than larger models.
Gemini 3.5… pic.twitter.com/1FAz1BwXLe
— Google (@Google) July 21, 2026
Model ini digunakan bersama CodeMender, iaitu ejen keselamatan yang menggabungkan beberapa ejen Gemini 3.5 Flash Cyber untuk menghasilkan satu laporan keselamatan yang lebih menyeluruh.
Buat masa ini, Gemini 3.5 Flash Cyber hanya akan ditawarkan kepada kerajaan dan rakan kongsi terpilih menerusi program perintis akses terhad bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan teknologi tersebut.
Ketersediaan
Gemini 3.6 Flash dan Gemini 3.5 Flash-Lite mula diperkenalkan kepada pengguna hari ini menerusi aplikasi Gemini. Gemini 3.5 Flash-Lite juga akan tersedia dalam Google Search, manakala pembangun boleh mengakses kedua-dua model melalui Gemini API di Google AI Studio dan Android Studio. Bagi pelanggan perusahaan, akses disediakan menerusi Gemini Enterprise Agent Platform dan aplikasi Gemini Enterprise.
Dalam perkembangan sama, Google memaklumkan Gemini 3.5 Pro masih dalam fasa ujian bersama rakan kongsi. Syarikat itu juga mengesahkan latihan awal bagi model generasi seterusnya, Gemini 4, telah pun dimulakan.
{suggest}


