Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tukar Nama NotebookLM Kepada Gemini Notebook

Google Tukar Nama NotebookLM Kepada Gemini Notebook

Diterbitkan Julai 17, 2026 ยท Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh Amalina Athman

Google secara rasmi menjenamakan semula NotebookLM kepada Gemini Notebook, menandakan peranannya yang semakin besar dalam ekosistem Gemini. Walaupun menggunakan nama baharu, ia masih kekal sebagai produk kendiri (standalone) yang memfokuskan kepada penyelidikan dan pengurusan maklumat.

NotebookLM mula diperkenalkan sebagai Project Tailwind pada acara Google I/O 2023 dengan matlamat membantu pengguna belajar dan membuat penyelidikan dengan lebih mudah menggunakan AI. Menurut Google, platform itu kini digunakan oleh lebih 30 juta pengguna serta lebih 600,000 organisasi di seluruh dunia, termasuk pelajar dan pemilik perniagaan.

Selain penjenamaan semula, Google turut memperkenalkan kemas kini yang memberikan setiap buku nota dengan keupayaan pengkomputeran awan yang selamat. Melaluinya, Gemini Notebook boleh menulis dan menjalankan kod secara natif untuk melakukan analisis data yang lebih kompleks berdasarkan dokumen atau sumber yang dimuat naik pengguna.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/17082824/NB_NOS_Analysis_2352x1458.mp4

Buat masa ini, ciri tersebut tersedia kepada pelanggan Google AI Ultra serta pelanggan Google Workspace Business yang mempunyai AI Ultra Access dan AI Expanded Access. Google berkata ia akan diperluaskan kepada semua pengguna Pro di web dalam beberapa minggu akan datang, selain membolehkan lebih banyak format output dan analisis yang lebih mendalam.

Dari segi integrasi, pengguna kini boleh mengakses dan mencipta buku nota terus melalui aplikasi Gemini dengan sokongan penyelarasan penuh (full cross-app syncing) antara aplikasi tersebut dan fungsi Gemini Notebook.

Bukan itu sahaja, Google turut mengesahkan fungsi buku nota ini akan dibawa ke AI Mode dalam Google Search tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS - Ini Fungsi Menariknya
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google AI Plus Kini Dengan 400GB Storan
  • Malaysia Catat Penggunaan Tertinggi Ciri Penjanaan Imej AI Google Gemini Di Asia Tenggara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY