Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Posted on Julai 13, 2026Julai 13, 2026

Jika ada pengeluar telefon pintar yang sentiasa mengutamakan penggunanya dengan menawarkan ciri-ciri baharu berguna dan menarik, jenama OPPO pastinya menjadi sebutan pengguna.

Dan OPPO meneruskan lagi komitmen mereka itu dengan memperkenalkan Reno16 Series, sebuah telefon pintar yang bukan sahaja bergaya, tetapi padat dengan teknologi kamera flagship terkini yang diperkaya dengan pengalaman AI yang yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Kamera 200 MP dan OPPO Bubble

Menampilkan kamera 200MP Ultra-Clear sebagai kamera utama, OPPO Reno16 Pro dilengkapi kamera flagship untuk merakam semua saat terindah anda.

Sama ada aktiviti vlog, merakam video/foto di dalam konsert mahupun apa jua keadaan cerah ataupun gelap, kamera 200MP Reno16 Pro pastinya menghasilkan kandungan dengan visual berkualiti tinggi.

Dilengkapi Fungsi 4K Motion Photo membolehkan anda merakam video 4K 60fps HDR yang sangat lancar, dan menukarkan mana-mana saat kegemaran anda menjadi sekeping foto berkualiti tinggi yang tersangat jelas. 

Rakam sahaja video aksi lincah dalam kualiti super jelas 4K 60fps HDR, kemudian pilih dan ‘ekstrak’ mana-mana saat kegemaran anda untuk dijadikan gambar yang sempurna. 

Tiada lagi gambar kabur

Selain kamera utama 200 MP, OPPO Reno16 Pro turut dilengkapi kamera dengan keupayaan 3.5x zum kamera Telephoto Portret serta kamera swafoto ultar lebar 50MP.

Malah aplikasi kameranya disokong ciri AI Flash Photography 3.0 serta terbina dengan ciri-ciri menyeronokkan untuk dicuba yang memudahkan anda mencipta imej yang lebih kreatif dan jauh menarik yang membezakan karya anda dari pengguna lain.

Ciri kamera baharu seperti Pop Cam yang terbina terus dalam aplikasi, direka untuk anda membuat tangkapan spontan dan menghasilkan pelbagai gaya unik tanpa perlu suntingan yang memberikan karakter visual tersendiri.
Pop Cam menawarkan efek menarik termasuklah Digicam, Instant Film dan Light Leak.

OPPO juga menerusi siri Reno16 turut memperkenalkan AI Snap Key, butang pintas pintar serba boleh.

Hanya dengan sekali tekan untuk screenshot, tekan lama untuk nota suara, atau dua kali ketik untuk ke Mind Space, anda boleh mengubah suai fungsi butang ini mengikut tabiat harian anda—membuatkan akses kepada ciri peranti ini menjadi tersangat mudah.

Siri Reno16 menjadi telefon pertama OPPO terbina butang pintas yang memudahkan anda menetapkan pintasan bagi akses ciri peranti seperti AI, kamera dan lain-lain.

Menjadikan Reno16 Pro baharu ini lebih unik daripada model sebelumnya adalah OPPO memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai OPPO Bubble, aksesori bergaya dengan ciri skrin sentuh 1.73 inci yang lengkap dengan UI menarik berfungsi sebagai alat swafoto belakang  atau mempamerkan foto kegemaran.

Dengan OPPO Bubble, anda tidak bergantung lagi dengan kamera hadapan peranti sebaliknya memanfaatkan sepenuhnya kamera utama 200 MP Reno16 Pro untuk merakam swafoto atau video pada kualiti tertinggi.

Ini juga memberikan pengalaman baru kepada anda ketika rakaman video untuk aktiviti vlog dan swafoto anda yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Oppo Bubble ialah aksesori berupa skrin AMOLED bulat yang comel bersaiz 1.73 inci yang direka sebagai teman untuk Reno16 Pro.

Teknologi HoloVerse 3D

OPPO Reno16 tampil dengan rekaan unik yang dipanggil sebagai 3D Pop Planet Design di mana ia menggunakan teknologi HoloVerse 3D dan lapisan mikrolensa untuk menghasilkan imej dengan kesan terapung yang timbul dari bahagian belakang Reno16 Pro ini.

HoloVerse 3D menghiasi belakang Siri OPPO Reno16, memberikan efek khas eksklusif pada peranti ini.

Prestasi flagship

Siri OPPO Reno16 sememangnya terkenal sebagai sebuah peranti mampu milik dengan spesifikasi flagship.

Menerusi Reno16 Pro baharu, ia dipacu pemproses MediaTek Dimensity 8550 Super Platform, bateri besar 6700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC™ serta menjalankan ColorOS16 terkini yang hadir dengan ciri AI, memberikan pengalaman penggunaan harian lebih pintar dan praktikal.

Jadi, menjalankan pelbagai aplikasi serentak mahupun bermain permainan onliine yang intensif, ia mampu menyampaikan prestasi terbaik tanpa sebarang isu.

ColorOS16 menyampaikan pengalaman UI yang lancar ditambah lagi dengan OPPO AI yang lebih pintar dan berkuasa serta sokongan ekosistem yang lebiih luas termasuklah macOS dan iOS.
OPPO Reno16 Pro juga tahan lasak apabila menerima penarafan tertinggi IP69K bagi skala Perlindungan Ingress (IP).

Kesimpulannya, OPPO terus “belanja” pengguna dengan peranti berkuasa yang berspesifikasi flagship dan ciri menarik terkini yang mampu menarik minat generasi pengguna baharu.

Menerusi siri Reno16, anda tidak perlu lagi membawa banyak kamera apabila untuk semua aktiviti anda kerana hanya dengan peranti ini sahaja sudah cukup memenuhi keperluan harian anda.

Siri OPPO Reno16 adalah telefon pintar dengan rekaan premium, kompak dan ringan yang berkuasa dipacu AI dengan spesifikasi flagship.
Dengan Siri Reno16, anda boleh alami pengalaman baharu sambil tingkatkan kreativiti ke tahap lebih tinggi.

Siri OPPO Reno16 tersedia dalam 3 model iaitu Reno16, Reno16 F dan Reno16 Pro dengan masing-masing berharga dari RM2,699, RM1,899 dan RM3,699.

Kujungi pusat jualan atau pengedar sah OPPO berhampiran anda dan rasai sendiri pengalaman bersama siri Reno16 baharu ini sekarang.

Atau layari laman rasmi OPPO Malaysia.

Beli OPPO Reno16 terbaru ini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnmvwa
  • Lazada – https://invl.me/clnmvwe

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress