Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
01 Key visual for Gemini SEA report

Malaysia Catat Penggunaan Tertinggi Ciri Penjanaan Imej AI Google Gemini Di Asia Tenggara

Diterbitkan Julai 15, 2026 ยท Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Malaysia muncul sebagai antara pasaran dengan pertumbuhan pengguna Google Gemini paling pesat di Asia Tenggara apabila bilangan pengguna aktif aplikasi tersebut meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Perkara itu didedahkan Google menerusi laporan sulung Gemini Report: Southeast Asia 2026, yang mengkaji corak penggunaan Gemini di enam negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina.

06 Regional momentum of Gemini app

Menurut Google, pertumbuhan itu didorong oleh penerimaan pantas dalam kalangan pengguna muda, selain keupayaan Gemini memahami pelbagai bahasa tempatan dengan lebih baik. Secara global, Gemini kini mempunyai 900 juta pengguna aktif bulanan.

Laporan itu turut menunjukkan rakyat Malaysia merupakan antara pengguna paling aktif menghasilkan imej menggunakan AI.

03 Malaysia insight

Satu daripada lima pengguna di Malaysia pernah menggunakan Gemini untuk menjana imej, menjadikan negara ini mencatat kadar penggunaan tertinggi bagi ciri tersebut di Asia Tenggara. Google berkata penggunaan ini meningkat dengan ketara selepas pengenalan model penjanaan imej Nano Banana.

04 Malaysia vs SEA

Selain itu, rakyat Malaysia juga dilihat menggunakan Gemini dalam dua bahasa. Bahasa Inggeris kekal menjadi pilihan bagi tugasan kerja dan produktiviti, manakala penggunaan bahasa Melayu meningkat lebih dua kali ganda pada awal 2026 berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Google, corak ini menunjukkan pengguna tempatan sering bertukar antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu mengikut situasi.

02 Local at Heart

Di peringkat Asia Tenggara, hampir 70% arahan kepada Gemini dihantar dalam bahasa tempatan. Model Gemini turut diiktiraf oleh AI Singapore sebagai model bahasa raya (LLM) dengan prestasi keseluruhan terbaik untuk bahasa-bahasa Asia Tenggara menerusi penanda aras SEA-HELM.

Google turut mengumumkan bahawa Gemini Spark, ejen AI yang mampu melaksanakan tugasan secara proaktif merentasi Gmail, Docs dan Slides, akan mula diperkenalkan kepada pelanggan Google AI Ultra di Asia Tenggara, termasuk sokongan bahasa tempatan secara berperingkat bermula minggu ini.

Berkaitan

  • Google Search Kini Dijana Gemini 3.5 Flash Bersama Sokongan Agen AI Dan Aplikasi Mini
  • Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY