Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung

Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung

Diterbitkan Jun 10, 2026 ยท Dikemas kini Jun 10, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Gemini 3.5 Live Translate, model audio baharu yang membolehkan terjemahan suara secara langsung dalam lebih 70 bahasa dengan kelewatan hanya beberapa saat di belakang penutur sepanjang sesi.

Menurut Google, teknologi ini mampu mengesan bahasa secara automatik dan menghasilkan terjemahan suara yang lebih semula jadi sambil mengekalkan intonasi, rentak percakapan serta nada suara penutur asal.

Berbeza dengan sistem terjemahan tradisional yang menunggu seseorang selesai bercakap sebelum menterjemah, Gemini 3.5 Live Translate berfungsi secara berterusan bagi memastikan perbualan kekal lancar.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/10085727/Google_AI_-_Today_we_released_Gemini_3.5_Live_Translate_our_latest_audio_model_GQh0oC.mp4

Google turut menyatakan model ini memproses pertuturan secara masa nyata ketika audio distrim. Ia juga direka untuk berfungsi dalam persekitaran yang bising serta mampu mengendalikan perbualan yang melibatkan pelbagai bahasa tanpa memerlukan tetapan manual.

Ketersediaan

Model ini mula diperkenalkan secara global dalam aplikasi Google Translate di Android dan iOS. Ketika menggunakan ciri Live Translate, pengguna hanya perlu menyambungkan sebarang fon kepala untuk menikmati pengalaman terjemahan yang lebih lancar.

Google Live Translate mandarin bm_
Google Live Translate english bm_

Bagi pengguna Android, Google juga mula memperkenalkan “listening mode” dengan 3.5 Live Translate. Pengguna hanya perlu memegang telefon di telinga seperti membuat panggilan biasa dan audio terjemahan akan dimainkan terus kepada mereka. Pengalaman baharu ini berguna apabila pengguna ingin mendengar terjemahan dengan pantas tanpa didengari orang lain dan tidak mempunyai fon kepala bersama.

Gemini 3.5 Live Translate turut diperkenalkan kepada pembangun melalui Gemini Live API dan Google AI Studio. Bagi pelanggan perusahaan, ciri ini akan tersedia dalam Google Meet menerusi program pratonton persendirian bermula bulan ini.

Dalam Google Meet, teknologi baharu ini meningkatkan sokongan bahasa daripada lima kepada lebih 70 bahasa. Ia juga membolehkan lebih 2,000 kombinasi bahasa digunakan dalam satu mesyuarat, berbanding sebelum ini yang tertumpu kepada terjemahan ke dan daripada bahasa Inggeris.

Google turut mengesahkan semua audio yang dijana menggunakan model ini akan ditandakan dengan SynthID. Tanda air digital yang tidak dapat dikesan oleh manusia itu bertujuan memastikan kandungan audio yang dijana AI boleh dikenal pasti serta membantu mengurangkan risiko penyebaran maklumat palsu.

Berkaitan

  • Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini AI
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Gemini 3.5 Flash Kini Tersedia Sebagai Model 'Default' Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Perkenal 'Search Profiles' Untuk Pencipta Kandungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY