Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 3.5_1

Gemini 3.5 Flash Kini Tersedia Sebagai Model ‘Default’ Dalam Aplikasi Gemini

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini melancarkan Gemini 3.5, siri model AI terbaharu yang direka untuk melaksanakan tugasan kompleks secara lebih autonomi.

Sebagai permulaan siri ini, Google memperkenalkan model Gemini 3.5 Flash yang menggabungkan kecerdasan termaju serta keupayaan “agentik” untuk merancang, menulis kod, dan menyelesaikan aliran kerja yang rumit dengan mudah.

Menurut Google, Gemini 3.5 Flash menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Gemini 3.1 Pro dalam pelbagai penanda aras termasuk pengekodan, tugasan agentik dan kefahaman multimodal. Antara keputusan yang dikongsi termasuk Terminal-Bench 2.1 dengan skor 76.2%, GDPval-AA pada 1656 Elo, MCP Atlas pada 83.6% dan CharXiv Reasoning dengan 84.2%.

Gemini 3.5 benchmark_

Walaupun menawarkan prestasi yang lebih tinggi, model ini masih mengekalkan kelajuan siri Flash. Dari segi penjanaan token output, ia dikatakan sehingga empat kali lebih pantas berbanding model frontier lain.

Pada masa sama, kos penggunaannya juga lebih rendah, sekitar satu pertiga hingga separuh lebih murah berbanding model termaju lain.

Model ini turut direka untuk membantu tugasan yang biasanya mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu, seperti pembangunan aplikasi, penyelenggaraan kod dan penyediaan dokumen kewangan.

Dengan sokongan platform pembangunan baharu Google Antigravity, Gemini 3.5 Flash juga boleh digunakan untuk mengendalikan beberapa subejen AI yang bekerjasama menyelesaikan tugasan pada skala besar.

Ketersediaan

Gemini 3.5 Flash kini tersedia secara umum melalui Google Antigravity, Gemini API dalam Google AI Studio dan Android Studio, Gemini Enterprise Agent Platform serta Gemini Enterprise. Ia juga boleh digunakan oleh semua pengguna secara percuma menerusi aplikasi Gemini dan AI Mode dalam Search, yang kini menjadi tetapan default.

Pengguna boleh mencuba Gemini 3.5 Flash dengan memilih “3.5 Flash” daripada menu model di gemini.google atau melalui aplikasi Gemini.

Gemini 3.5 Flash_5

Dalam pada itu, Google turut mengesahkan bahawa Gemini 3.5 Pro sedang diuji secara dalaman dan dijadual diperkenalkan pada bulan hadapan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Gemini Kini Boleh Jana Fail Terus Dalam 'Chat' - Termasuk PDF, Word, Excel
  • Google Perkenal Gemini Intelligence Untuk Android
  • Android Auto Kini Lebih Pintar: Google Maps 3D, Integrasi Gemini Dan Sokongan Video YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Komited Lindungi Pelanggan, Beri Amaran 260 Juta Panggilan Scam Dan Sekat 22 Juta SMS Setiap Bulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web
©2026 WISER.MY