Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ baharu Malaysia 2026_5

Disney+ Akan Beralih Ke Aplikasi Baharu Mulai 7 Oktober – Ini Perubahan Untuk Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan September 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 7, 2026 oleh Amalina Athman

Disney+ kini mengumumkan peralihan kepada aplikasi baharu di Malaysia mulai 7 Oktober 2026.

Bagi pelanggan sedia ada, peralihan ini tidak memerlukan bayaran tambahan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi baharu menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama seperti akaun Disney+ semasa.

Aplikasi Disney+ semasa masih boleh digunakan sehingga 5 November 2026. Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi Disney+ baharu untuk terus mengakses kandungan.

Hulu Gantikan Star Sebagai Jenama Hiburan Umum

Peralihan kepada aplikasi baharu ini turut membawa kemas kini pada penjenamaan kandungan Hiburan Umum di Disney+. Mulai 9 Oktober, Hulu akan diperkenalkan sebagai jenama Hiburan Umum global di Disney+, menggantikan Star.

Paparan aplikasi akan kekal hampir sama, dengan kemas kini utama termasuk logo Disney+ yang diperbaharui serta kandungan Hiburan Umum yang akan ditempatkan di bawah jenama Hulu. Hulu pula dikenali menerusi barisan Originals yang memenangi pelbagai anugerah dan identiti warna hijaunya.

Pelanggan masih boleh mengakses kandungan yang tersedia di Disney+, termasuk program keluarga dan koleksi APAC Originals. Pada bahagian Hulu, Disney+ juga akan menyediakan kandungan dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.

Profil, Watchlist Dan Sejarah Tontonan Tidak Dipindahkan

Walaupun kandungan semasa akan terus tersedia, tidak semua maklumat daripada aplikasi lama akan dibawa ke aplikasi baharu. Profil, Senarai Tontonan (Watchlist) dan sejarah tontonan sedia ada tidak akan tersedia dalam aplikasi Disney+ baharu.

Pengguna perlu menyediakan profil utama ketika log masuk buat kali pertama untuk mula menstrim. Jika pengguna belum pernah memberikan alamat e-mel dalam aplikasi semasa, Disney+ turut menyatakan mereka akan diminta berbuat demikian ketika log masuk kali pertama.

Perubahan Pelan Langganan

Dari segi langganan, pelanggan Disney+ Premium akan terus menikmati ciri-ciri pelan Premium dalam aplikasi baharu.

Sementara itu, pelanggan Disney+ Basic akan mendapat akses kepada Disney+ Standard tanpa sebarang kos tambahan. Pelan Standard menawarkan muat turun kandungan, kualiti video sehingga 1080p dan sehingga dua penstriman serentak.

Tempoh pengebilan pelanggan akan kekal sama dalam aplikasi Disney+ baharu, tanpa mengira pelan yang digunakan. Pengguna juga masih boleh menukar pelan pada bila-bila masa.

Terma Penggunaan Turut Dikemas Kini

Selain perubahan aplikasi dan pelan, Disney+ turut mengemas kini terma perkhidmatannya kepada Perjanjian Pelanggan. Pelanggan yang melanggan sebelum 3 September 2026 masih tertakluk kepada terma sedia ada sehingga 6 Oktober 2026, sebelum perjanjian baharu digunakan pada aplikasi Disney+ baharu.

Bagi pelanggan yang mendapatkan langganan Disney+ melalui pihak ketiga, tarikh pelaksanaan atau perubahan berkaitan pelan pula mungkin berbeza.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Disney Dilapor Pertimbang 'Super App', Gabungkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Platform
  • Lebih Banyak Kandungan Disney+ Akan Tersedia Di Platform Astro
  • Disney+ Dilapor Pertimbang Tawarkan Akses Percuma Tanpa Langganan
  • Disney Umum Kerjasama Dengan TikTok - Video Pendek Peminat Bakal Muncul Di Disney+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY