Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula

MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula

Diterbitkan November 13, 2026 ยท Dikemas kini November 13, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberikan kelulusan kepada Megaspeed International Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura atau syarikat sekutunya di Malaysia, Speedmatrix Sdn Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, MITI memaklumkan Speedmatrix merupakan penyewa di pusat data di Malaysia.

“Sebarang lawatan pengesahan yang dijalankan MITI di kemudahan tersebut merupakan sebahagian daripada pemantauan rutin kementerian terhadap sektor pusat data dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tanda sesebuah syarikat telah mendapat kelulusan. Sebarang dakwaan yang membawa maksud sebaliknya adalah tidak tepat,” menurut MITI.

Kementerian itu turut menjelaskan Speedmatrix membawa masuk pelayan dan cip kecerdasan buatan (AI) miliknya sendiri ke Malaysia untuk kegunaan operasi. Kemasukan cip AI ke negara ini pada masa ini tidak memerlukan permit atau lesen.

Bagaimanapun, peraturan berbeza dikenakan terhadap urusan eksport cip AI berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat (AS). Sejak Julai 2025, mana-mana pihak yang ingin mengeksport, mengeksport semula, memindah kapal atau membawa transit cip berkenaan dari atau melalui Malaysia perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada MITI di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

Pemberian maklumat palsu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung barangan tersebut juga merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kastam 1967.

Susulan itu, MITI kini bekerjasama dengan JKDM untuk menyiasat sama ada cip yang dibawa masuk ke Malaysia sebelum ini telah dieksport semula ke negara lain dan sama ada urusan tersebut dilakukan mengikut undang-undang. Pemeriksaan akan dijalankan secara bebas berdasarkan undang-undang negara dan bukti yang tersedia.

Dalam masa sama, MITI juga bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura dan AS bagi memperkukuh langkah kawalan terhadap urusan perdagangan cip AI. Kementerian juga sedang mempertimbangkan langkah tambahan sekiranya perlu.

13 NOVEMBER 2026 | MEDIA STATEMENT: MITI STATEMENT ON MEGASPEED INTERNATIONAL PTE LTD AND SPEEDMATRIX SDN BHD pic.twitter.com/14HFU0J9f5

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) November 13, 2026

MITI menegaskan Malaysia mengalu-alukan pelaburan dalam sektor pusat data dan teknologi, namun tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan untuk mengelak kawalan eksport yang ditetapkan.

Kerajaan turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang didapati melanggar undang-undang negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
  • Siapakah Alice Huang, Skandal Yang Dituduh Mengintip CEO Nvidia?
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY