Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini

Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen – Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual

Diterbitkan November 13, 2026 · Dikemas kini November 13, 2026 oleh Amalina Athman

Google menaik taraf enjin carian Google Search dengan memperkenalkan Gemini 4 Hydrogen, model AI terbaharunya yang direka untuk memahami pertanyaan pengguna dengan lebih baik serta memberikan hasil carian yang lebih relevan dan menyeluruh.

Menerusi naik taraf ini, Google Search kini boleh mengendalikan soalan yang lebih kompleks, termasuk pertanyaan yang mempunyai beberapa keperluan dalam satu carian. Pengguna boleh mengemukakan soalan menggunakan bahasa semula jadi, walaupun pertanyaan tersebut mengandungi kesalahan ejaan atau arahan yang lebih khusus.

Keupayaan memahami arahan yang dipertingkatkan membolehkan Search mengenal pasti kehendak pengguna dengan lebih tepat dan memberikan jawapan yang mengambil kira setiap bahagian pertanyaan.

Today, Search is getting a massive upgrade with Gemini 4 Hydrogen! It’s the biggest model improvement to Search yet. And it’s available now for all users, globally.

Why it’s awesome:
– Crazy fast
– Cutting-edge intelligence, with advanced reasoning, more precise instruction… pic.twitter.com/2YQQiMxNco

— Nick Fox (@thefox) November 12, 2026

Selain itu, Gemini 4 Hydrogen turut menambah baik teknik query fan-out dalam Google Search. Teknik ini membolehkan enjin carian tersebut menjalankan beberapa carian secara serentak merentasi subtopik yang berkaitan dengan pertanyaan pengguna.

Melalui pendekatan ini, Google Search bukan sahaja dapat memahami sesuatu topik dengan lebih menyeluruh, malah menghubungkan pengguna kepada lebih banyak laman web dan pautan yang relevan. Ini juga membantu pengguna menemukan sumber maklumat yang mungkin tidak muncul melalui carian biasa.

Google juga menambah baik cara maklumat dipaparkan dalam hasil carian. Pengguna akan melihat lebih banyak kandungan visual seperti imej, jawapan berstruktur, jadual perbandingan dan alat yang disesuaikan mengikut keperluan pertanyaan.

Dari segi sokongan bahasa pula, Gemini 4 Hydrogen menawarkan pemahaman yang lebih menyeluruh dan jawapan yang lebih terperinci merentasi semua bahasa yang disokong dalam AI Mode.

Gemini 4 Hydrogen kini tersedia secara global dalam Google Search untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
©2026 WISER.MY