Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi Disney plus_imagewisermy

Disney+ Dilapor Pertimbang Tawarkan Akses Percuma Tanpa Langganan

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amalina Athman

Disney+ dilapor sedang mempertimbangkan pilihan tontonan percuma dengan menawarkan sebahagian daripada koleksi kandungannya kepada pengguna tanpa perlu melanggan.

Menurut laporan Business Insider, Ketua Produk dan Teknologi Disney, Adam Smith, ada menyentuh kemungkinan menawarkan kandungan tertentu tanpa bayaran langganan dalam satu sesi pertemuan bersama kakitangan The Walt Disney Company. Namun, tiada maklumat mengenai bila ciri tersebut akan diperkenalkan atau sejauh mana skop kandungan yang akan ditawarkan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha Disney+ untuk menyesuaikan diri dengan perubahan corak penggunaan penonton yang semakin terbuka kepada perkhidmatan penstriman percuma berasaskan iklan.

Sebagai contoh, perkhidmatan seperti YouTube kini berjaya menarik lebih ramai pengguna yang mencari alternatif tanpa bayaran. Data Nielsen menunjukkan perkhidmatan penstriman percuma menyumbang 18.7% daripada masa tontonan televisyen di Amerika Syarikat pada April 2026, meningkat berbanding 16.8% pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam masa sama, kenaikan harga langganan oleh pelbagai platform penstriman menyebabkan sebahagian pengguna mula mencari pilihan yang lebih murah atau percuma. Situasi ini mendorong syarikat penstriman untuk meneroka model baharu bagi mengekalkan perhatian penonton.

Jika direalisasikan, pelan percuma Disney+ boleh menjadi salah satu strategi untuk menarik pengguna baharu selain memberi saingan lebih kuat kepada platform seperti Netflix dan Prime Video. Ketika ini, beberapa pesaing seperti Apple TV+ turut menawarkan akses percuma terhad, termasuk beberapa episod terpilih kepada pengguna tanpa langganan.

Namun, Disney masih belum mengesahkan sama ada pelan percuma ini akan benar-benar dilancarkan atau sekadar idea yang sedang dipertimbangkan.

Berkaitan

  • Disney+ Perkenal 'Verts' - Suapan Video Menegak Seakan Tiktok
  • Disney Dilapor Pertimbang 'Super App', Gabungkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Platform
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Lebih Banyak Kandungan Disney+ Akan Tersedia Di Platform Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY