Kerajaan Negeri Selangor akan mengagihkan 8,400 unit komputer riba kepada golongan muda di seluruh negeri pada 2027 menerusi inisiatif Laptop Kita Selangor, dengan peruntukan RM16.8 juta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, agihan itu melibatkan 150 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan anggaran kos RM2,000 seunit.

Menurut beliau, ketiadaan komputer riba menyukarkan golongan muda membina keupayaan digital mereka.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam baru-baru ini.
Bagaimanapun, syarat kelayakan, cara memohon, model komputer riba dan tarikh agihan masih belum diumumkan.
