Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 – Pelanggan prabayar CelcomDigi boleh strim siaran langsung sukan dan hiburan serendah RM1

CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar

Diterbitkan November 13, 2026 ยท Dikemas kini November 13, 2026 oleh Amalina Athman

CelcomDigi memperkenalkan pas penstriman baharu menerusi StreamMORE yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati pelbagai kandungan sukan dan hiburan dengan harga bermula RM1.

Menerusi tawaran ini, pelanggan boleh menonton siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UEFA Champions League, serta kandungan hiburan seperti Gegar Vaganza, drama tempatan serta siri dari China, Korea dan Indonesia. Pilihan kandungan turut merangkumi siri anime popular yang boleh ditonton sejurus selepas tayangan asal.

Pas StreamMORE ditawarkan dalam tiga pilihan. StreamMORE Sooka Daily (RM1) menyediakan akses 24 jam kepada siaran langsung sukan termasuk EPL, kandungan hiburan Sooka serta 500MB data berkelajuan tinggi.

StreamMORE Asian Weekly Bundle (RM3) pula menawarkan penstriman tanpa had selama tujuh hari menerusi Viu Premium dan iQIYI Standard VIP, bersama 1GB data berkelajuan tinggi. Sementara itu, StreamMORE VISION+ Premium (RM5) memberikan akses sebulan kepada drama dan rancangan hiburan Indonesia serta 5GB data berkelajuan tinggi.

CelcomDigi Hiburan Sukan

Selain tiga pilihan tersebut, CelcomDigi turut menawarkan StreamMORE Sooka Sports & Entertainment pada harga RM15 sebulan bersanam 5GB data. Ditawarkan kepada pengguna prabayar dan pascabayar, pakej ini menyediakan akses 30 hari kepada siaran langsung sukan dan hiburan dalam kualiti HD, serta membolehkan penstriman melalui dua peranti secara serentak.

Semua pas StreamMORE ini boleh diaktifkan menerusi aplikasi CelcomDigi. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi tersebut, memilih bahagian Lifestyle, kemudian pilih pas yang dikehendaki untuk mengaktifkannya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY