Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro x Disney+ KV_BM

Lebih Banyak Kandungan Disney+ Akan Tersedia Di Platform Astro

Diterbitkan Jun 30, 2026 ยท Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

Astro bersama Disney+ kini mengumumkan kerjasama yang diperluaskan, menyaksikan lebih banyak kandungan daripada platform penstriman itu akan ditawarkan menerusi platform Astro, termasuk Astro TV, Astro GO dan NJOI.

Melalui kerjasama ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan kandungan antarabangsa untuk ditonton melalui platform Astro. Dalam masa yang sama, sejumlah kandungan tempatan terbitan Astro, termasuk rancangan popular Malaysia, akan mula ditawarkan di Disney+.

Astro x Disney+ KV_BM

Menurut Astro, kerjasama ini dibuat seiring dengan perubahan tabiat tontonan pengguna dan sebagai inisiatif untuk menyediakan pengalaman merentas platform yang lebih lancar. Disney pula berkata kerjasama itu membantu memperluaskan akses kepada kandungan globalnya di Malaysia, di samping menambah koleksi kandungan tempatan yang tersedia di Disney+.

Bagi pengguna yang ingin mengakses Disney+ melalui Astro, perkhidmatan itu boleh dilanggan sebagai tambahan (add-on) menerusi laman rasmi My Astro. Disney+ juga disertakan tanpa caj tambahan untuk pelanggan Astro One Pek Epic dan Movies. Selain itu, pilihan kandungan Disney+ akan disiarkan menerusi saluran Astro Showtime dan Astro FAM Time yang ditawarkan dalam Pek Blockbuster.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat - Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan
  • Saluran RTM Kekal Di Astro - Berita RTM, Sukan+ Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY