Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney Dilapor Pertimbang ‘Super App’, Gabungkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Platform

Disney Dilapor Pertimbang ‘Super App’, Gabungkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Platform

Diterbitkan Mei 7, 2026 oleh Amalina Athman

Disney dilapor sedang mempertimbangkan pembangunan “super app” yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan syarikat itu dalam satu platform.

Menurut laporan Bloomberg, aplikasi ini berpotensi menjadi hab utama untuk semua perkara berkaitan Disney. Selain menonton kandungan di Disney+, pengguna juga mungkin boleh menempah tiket taman tema Disney, membeli barangan rasmi, mengakses pelayaran Disney Cruise Line dan bermain permainan dalam satu platform.

Langkah itu dilihat sebahagian daripada usaha CEO baharu Disney, Josh D’Amaro, yang dikatakan mahu memudahkan pengalaman pengguna dengan menyatukan beberapa aplikasi sedia ada seperti Disney+, Disneyland Resort dan Disney Cruise Line Navigator ke dalam satu ekosistem yang secara dalaman digambarkan sebagai “super app”.

Bagaimanapun, perancangan itu masih di peringkat awal dan belum ada langkah konkrit diambil untuk membangunkan produk tersebut. Ia dikatakan menjadi fokus dalam pembentangan dalaman, mencerminkan potensi yang dilihat D’Amaro dalam mengembangkan perniagaan terus kepada pengguna.

Idea “super app” sebenarnya bukan perkara baharu bagi Disney. Bekas CEO Bob Iger sendiri pernah mempertimbangkan konsep yang sama selama lebih sedekad, termasuk menguji versi terhad di United Kingdom. Disney juga beberapa kali cuba menilai kemungkinan menggabungkan aplikasi-aplikasinya, namun rancangan tersebut tidak diteruskan disebabkan pelbagai kekangan logistik.

Malah ketika ini, Disney masih dalam proses menggabungkan Hulu dengan Disney+, yang turut dilapor menghadapi beberapa halangan teknikal dan isu hak kandungan.

Berkaitan

  • Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Disney+ Perkenal 'Verts' - Suapan Video Menegak Seakan Tiktok
  • Infinity Vision: Piawaian Baharu Disney Untuk Cari Panggung Wayang Paling ‘Canggih’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY