Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HLB Apple Pay_option 2

Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat ‘Cashback’

Diterbitkan November 13, 2026 ยท Dikemas kini November 13, 2026 oleh Penaja

Beli kopi sebelum mula kerja, isi minyak dalam perjalanan atau beli barangan keperluan rumah. Bagi pengguna iPhone dan Apple Watch, pembayaran untuk urusan seperti ini boleh dibuat terus menggunakan Apple Pay tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal daripada dompet.

Kemudahan ini turut menyokong kad kredit dan debit Hong Leong Bank (HLB) Visa. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tambahkan kad HLB Visa ke Apple Pay melalui aplikasi Apple Wallet atau HLB Connect, dengan proses kurang seminit sebelum kad boleh digunakan untuk pembayaran tanpa sentuh di premis yang menyokong Apple Pay.

HLB Apple Pay campaign_1

Menariknya, penggunaan kad HLB Visa melalui Apple Pay bukan sekadar memudahkan urusan pembayaran. Sepanjang kempen yang berlangsung dari 16 Oktober hingga 26 November 2026, HLB turut menawarkan pulangan tunai kepada pemegang kad yang mula menggunakan kemudahan ini.

Cara mudah dapat ‘cashback’

Caranya mudah. Pemegang utama kad kredit atau debit HLB Visa yang belum pernah menambahkan atau menggunakan kad HLB melalui Apple Pay hanya perlu:

  • Tambah kad HLB Visa ke Apple Pay melalui aplikasi Wallet atau HLB Connect.
  • Buat tiga transaksi berasingan menggunakan Apple Pay, dengan nilai minimum RM50 bagi setiap transaksi.
  • Pastikan ketiga-tiga transaksi dibuat dalam minggu promosi yang sama.

Sebagai contoh, pengguna boleh membuat pembayaran bernilai RM80 untuk pembelian barangan dapur, RM60 ketika mengisi minyak dan RM50 ketika menjamu selera dalam minggu yang sama.

Proses penyertaan juga tidak memerlukan pengguna mengisi sebarang borang pendaftaran. Sebaliknya, transaksi yang memenuhi syarat akan dijejaki secara automatik oleh sistem bank.

Pengguna yang memenuhi syarat berpeluang menerima pulangan tunai RM30, yang akan dikreditkan secara automatik ke akaun kad utama dalam tempoh 60 hari. Bagaimanapun, tawaran pulangan tunai ini tertakluk kepada had ganjaran yang diperuntukkan sepanjang tempoh kempen berlangsung sehingga 26 November 2026.

Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat ‘Cashback’

Jadi, jangan tunggu lagi. Pemegang kad yang berminat boleh melayari laman rasmi HLB Apple Pay untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi serta terma dan syarat penyertaan.

*artikel ini dibawakan oleh Hong Leong Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY