Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft, AFP

Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih

Diterbitkan November 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Microsoft pada Sabtu mengesahkan bahawa semua perkhidmatannya yang terjejas telah berjaya dipulihkan, sekali gus menamatkan gangguan besar-besaran yang menjejaskan perkhidmatan awam dan operasi perniagaan di seluruh dunia.

Gangguan tersebut menyebabkan beberapa perkhidmatan utama Microsoft tidak dapat diakses pengguna di pelbagai negara.

“Kami telah menyelesaikan usaha menangani punca utama insiden ini dan memulihkan perkhidmatan kepada baki pelanggan serta wilayah yang terjejas,” kata Microsoft menerusi hantaran di platform X.

https://x.com/Microsoft/status/2121282013600907325?a=9LdXLm-hfMR5dOKNRkA&s=20

Pada Jumaat, Microsoft sebelum ini memaklumkan bahawa sebahagian besar perkhidmatan, termasuk e-mel Outlook, telah kembali pulih.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat itu menjelaskan gangguan berkenaan berpunca daripada masalah teknikal dan tidak berkaitan dengan serangan siber atau teknologi AI dan ejen AI.

Gangguan yang bermula pada Khamis itu dilaporkan menjejaskan produk Microsoft di sekurang-kurangnya 74 negara dan wilayah merentasi benua Amerika, Eropah, Asia dan Afrika, menurut laman pemantauan perkhidmatan Downdetector.

Microsoft sebelum ini mengaitkan gangguan tersebut dengan peningkatan beban pada infrastruktur sistemnya.

Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk Outlook, platform komunikasi Microsoft Teams serta pembantu kecerdasan buatan syarikat, Microsoft Copilot. – AFP

Berkaitan

  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY