Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Walt Disney x TikTok_1

Disney Umum Kerjasama Dengan TikTok – Video Pendek Peminat Bakal Muncul Di Disney+

Diterbitkan Ogos 6, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2026 oleh Amalina Athman

Disney kini mengumumkan kerjasama dengan TikTok untuk membawa kandungan video pendek ciptaan peminat terus ke dalam aplikasi Disney+.

Program ini akan dimulakan sebagai projek rintis di Amerika Syarikat dalam beberapa bulan akan datang sebelum diperluaskan ke pasaran lain. Melaluinya, Disney+ akan menampilkan koleksi video pendek ciptaan peminat bertemakan Disney yang dipilih daripada TikTok.

Pada peringkat awal, video pendek daripada pencipta kandungan yang menyertai program ini secara sukarela akan dipaparkan di TikTok serta di bahagian Verts dalam Disney+. Kandungan tersebut merangkumi watak dan cerita daripada pelbagai jenama Disney seperti Pixar, Marvel, Star Wars, FX dan lain-lain.

Pada masa sama, TikTok akan menyediakan akses kepada pelbagai aset berkaitan ratusan filem dan siri daripada galeri kandungan Disney untuk digunakan oleh pencipta kandungan yang menyertai program tersebut. Disney turut memaklumkan bahagian Verts akan dikemas kini secara berkala dengan video baharu bagi membolehkan peminat mengikuti perbualan mengenai filem dan siri yang sedang hangat diperkatakan.

Selain membawa kandungan peminat ke Disney+, kedua-dua syarikat turut memperkenalkan Disney Creator Ambassador Program. Program ini memberi peluang kepada pencipta kandungan terpilih untuk menikmati ganjaran istimewa, meningkatkan pendedahan kepada khalayak yang lebih luas, menghadiri acara eksklusif serta membuka laluan pembangunan kerjaya bersama Disney.

Buat masa ini, kerjasama tersebut hanya disahkan untuk projek rintis di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Disney menyatakan ia bercadang memperluaskan inisiatif ini ke lebih banyak pasaran pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Disney+ Perkenal 'Verts' - Suapan Video Menegak Seakan Tiktok
  • Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat - Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan
  • Disney+ Dilapor Pertimbang Tawarkan Akses Percuma Tanpa Langganan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY