Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Mei 1, 2026 oleh ainabatrisyia

Sistem MyDigital ID diperkenalkan bagi tujuan mengesahkan identiti pengguna semasa menggunakan sistem atas talian atau perkhidmatan rasmi kerajaan. Sistem ini membolehkan pengguna untuk log masuk ke pelbagai sistem kerajaan tanpa perlu mengisi data peribadi berulang kali.

Antara portal yang sudah mengintegrasikan MyDigital ID ialah Portal MyBayar PDRM, MyJPJ, Portal STR serta myPTPTN.

Dijangkakan MyDigital ID ini akan digunakan dengan lebih meluas lagi bagi perkhidmatan rasmi kerajaan yang lain.

Oleh yang demikian, anda disarankan untuk memiliki MyDigital ID untuk kegunaan masa hadapan. Terdapat dua cara untuk mendaftar, iaitu menerusi kiosk atau dalam talian.

Jadi, ini cara mendaftar MyDigital ID secara dalam talian (online).

Daftar MyDigital ID

  • Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID di Apple App Store untuk iOS atau Google Play Store untuk Android.
  • Seterusnya anda boleh ke aplikasi tersebut dan klik ‘Daftar Online‘ untuk daftar secara dalam talian.

daftar online

  • Baca dan sahkan dasar privasi, anda perlu tick pada ruang ‘Ya, saya bersetuju’ dan klik ‘Teruskan’.

Dasar Privasi

  • Kemudian, isikan maklumat yang diminta seperti alamat emel, OTP dan maklumat diri dengan lengkap.
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
maklumat diri
  • Setelah selesai, anda akan diminta untuk ke proses pengecaman wajah bagi melengkapkan proses pendaftaran.

face id

  • Selepas itu, anda akan diminta untuk mencipta kata laluan dan mengaktifkan sistem pengecaman biometrik. Klik ‘OK’ setelah selesai.
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
bio berjaya
  • Kini, Digital ID anda sedia untuk digunakan.

tarikh sah

Jangan lupa untuk pastikan tarikh luput Digital ID anda dan perbaharuinya sebelum sampai ke tarikh tersebut.

Peringatan untuk anda, satu peranti hanya boleh ada satu MyDigital ID sahaja. Jadi, jika anda ingin menukar peranti, anda perlu revoke Digital ID di peranti lama terlebih dahulu dan mendaftarkannya semula di peranti baharu.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY