Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID

Diterbitkan Mac 3, 2025 oleh Amalina Athman

Pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID, bermula 1 Mac 2025.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), langkah itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025.

MyDigital ID diperkenalkan sebagai identiti tunggal rakyat Malaysia untuk mengakses sistem agensi kerajaan serta menyokong transformasi digital negara.

Seiring dengan itu, HASiL telah menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign-On (SSO), termasuk dalam sistem percukaian MyTax sejak 1 Januari 2025 bagi carian nombor TIN (Tax Identification Number).

Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID
mydigital ID STR

Namun begitu, pengguna masih boleh mengakses portal STR menggunakan kaedah log masuk sedia ada, dengan MyDigital ID sebagai pilihan tambahan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • MyDigital ID Kini Diintegrasi Dalam Tiga Platform Ini
  • MyDigital ID Perlu Diperbaharui Setiap Tahun
  • Pemahaman Mengenai Manfaat MyDigital ID Perlu Dipertingkat - Fahmi

Sumber: Lembaga Hasil Dalam NegeriĀ 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY