Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID

Diterbitkan Ogos 19, 2025 · Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM akan menggunakan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal tidak lama lagi, menurut kenyataan platform identiti digital nasional itu kepada The Star.

Ketika ini, rakyat Malaysia masih boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan sedia ada atau MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi berkenaan. Namun, tidak lama lagi, MyDigital ID akan menjadi satu-satunya cara log masuk bagi kedua-dua platform kerajaan itu.

“MyDigital ID sebagai log masuk tunggal menjanjikan pengalaman pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat, dan telus. Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat keselesaan maksimum dengan tahap keselamatan tertinggi, sambil mempercepat transformasi digital negara secara inklusif dan kukuh,” kata Nik Hisham Nik Ibrahim, CEO MyDigital ID.

Dalam kenyataan sama, MyDigital ID menggalakkan orang ramai mendaftar platform berkenaan bagi memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan kerajaan apabila kaedah log masuk baharu itu dilaksanakan sepenuhnya.

Pada 21 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pendaftaran MyDigital ID sebagai satu kewajipan.

Sementara itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) juga mengatakan MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal.

Berkaitan

  • Rakyat Malaysia Seawal Umur 12 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Dalam MyDigital ID
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID
  • RMK13: MyDigital ID Sebagai Kunci Pengesahan Identiti Digital Tunggal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY