Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

MyDigital ID Perlu Diperbaharui Setiap Tahun

Diterbitkan Disember 6, 2024 ยท Dikemas kini Disember 6, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, MyDigital ID merupakan sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian. Ia tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri yang lain, dan sebaliknya merupakan pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata MyDigital ID kelak akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan.

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang belum tahu bahawa MyDigital ID mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Sijil Digital MyDigital ID adalah sah digunakan selama satu tahun selepas tarikh pendaftaran – yang merupakan salah satu ciri keselamatan sistem ini. Setelah tamat tempoh, pengguna perlu memperbaharui MyDigital ID dalam masa 90 hari.

Sekiranya tidak diperbaharui dalam tempoh tersebut, pendaftaran semula Digital ID perlu dilakukan sama ada secara dalam talian atau di kios yang berdekatan.

Konsep yang sama juga terpakai sekiranya aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar. Sijil Digital akan menjadi tidak sah, dan pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios serta mendaftar semula.

Panduan pembaharuan Sijil Digital tamat tempoh

Berikut merupakan langkah pembaharuan Sijil Digital tamat tempoh. Seperti dikongsi oleh MyDigital ID, ikut langkah di situasi 1 sekiranya tamat tempoh tidak melebihi 90 hari.

Mydigital ID tamat tempoh_1
Mydigital ID tamat tempoh_2
Mydigital ID tamat tempoh_3
Mydigital ID tamat tempoh_4

Berkaitan

  • MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ
  • Belanjawan 2025: MyDigital ID Akan Jadi Aplikasi Tunggal Kerajaan
  • Aplikasi myTNB Akan Integrasi MyDigital ID Sebagai Pilihan Log Masuk
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • MyDigital ID Kini Diintegrasi Dalam Tiga Platform Ini

Sumber: MyDigital ID (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY